Mereka yang dikuarantin di rumah selama 14 HARI atau dimasukkan ke dalam wad disebabkan oleh wabak COVID-19 boleh menuntut elaun hospital sebanyak RM50 sehari yang berjumlah sebanyak RM700.
Skim ini merupakan bantuan kerajaan bagi menyediakan perlindungan takaful dan elaun secara PERCUMA kepada 3.69 juta penerima BSH @ BPN yang berumur 18 – 55 tahun yang terkena 45 jenis penyakit kritikal termasuklah bagi mereka yang dikuarantin selama 14 hari akibat wabak COVID-19.
BACA JUGA: Kenapa pemohon i-LESTARI tidak lulus i-SINAR? – Ini penjelasan KWSP
BACA JUGA: [RASMI] Panduan Lengkap Permohonan Program Perumahan Rakyat (PPR)
PROSES TUNTUTAN MYSALAM SKIM PERLINDUNGAN B40
- Layari portal rasmi mysalam.com.my dan login menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang dihantar melalui SMS.
- Klik “Download Form” dan muat turun borang “Critical Illness – Doctor’s Statement form”
- Serahkan borang tersebut kepada doktor untuk diisi dengan lengkap
- Kemudian login semula ke portal mySalam dan pilih Claims > Claims Submission > CI Claims
- Isi maklumat yang diperlukan dan muat naik beberapa dokumen diperlukan seperti surat pengesahan doktor dan kad pengenalan
- Klik “Submit” untuk hantar tuntutan
Info lanjut mengenai senarai 45 penyakit kritikal : klik sini
PROSES TUNTUTAN MYSALAM ELAUN COVID-19 (klik sini)
Bagi mereka yang ingin menuntut elaun COVID-19 mySALAM, anda boleh memohon sehingga RM700 bersamaan 14 hari tempoh kuarantin kendiri atau dimasukkan ke wad hospital. Ikuti langkah berikut untuk melakukan permohonan:
- Klik Tuntutan diikuti oleh Penyerahan Tuntutan
- Klik Tuntutan Hospitalisasi bagi:
- Pesakit Positif COVID-19,
- Disyaki COVID-19 dan ditahan di pusat kuarantin KKM, atau;
- Disyaki COVID-19 dan diarahkan KKM kuarantin di kediaman sendiri.
- Isikan butiran berikut:
- Tarikh masuk wad/mula kuarantin,
- Tarikh keluar wad/tamat kuarantin,
- Nama Hospital/Premis Bukan Hospital (bagi kes kuarantin).
- Muatnaik dokumen:
- Kad Pengenalan (depan dan belakang),
- Nota discaj (kemasukan wad sahaja), atau;
- Surat perintah kuarantin KKM (kes kuarantin sahaja), Dan klik “Lampirkan”.
- Klik “Hantar” kemudian klik “Saya Setuju” dan permohonan anda akan diproses.
- Status tuntutan berkait COVID-19 akan dikemaskini secara automatik setelah tuntutan disahkan oleh penilai mySALAM.
BERAPA LAMAKAH TUNTUTAN DIPROSES?
Anggaran masa untuk memproses kedua-dua tuntutan hospitalisasi dan Penyakit Kritikal ialah sepuluh (10) hari bekerja setelah menerima dokumen tuntutan yang lengkap.
Tetapi, jika dokumen atau maklumat diterima tidak lengkap, ianya mungkin mengambil masa lebih lama atau sehingga dokumen yang diperlukan telah diterima untuk memproses tuntutan.
Status tuntutan, i.e. dokumen tidak lengkap, boleh diakses melalui portal atas talian www.mysalam.com.my.
Mereka yang membuat tuntutan juga akan dimaklumkan melalui SMS samada tuntutan mereka diluluskan atau tidak.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 1-300-88-8938 atau emel ke info@mysalam.com.my atau layari laman web mysalam.com.my