mySalam – Cara Mohon Bantuan Kewangan RM700 Bagi Individu Dikuarantin

Mereka yang dikuarantin di rumah atau dimasukkan ke dalam wad disebabkan oleh wabak COVID-19 selama 14 HARI boleh menuntut elaun hospital melalui mySalam sebanyak RM50 sehari yang berjumlah sebanyak RM700.

mySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat mySalam melalui Tabung Amanah mySalam.



Baca juga, Cara Semak Tarikh Pembayaran i-Sinar – Semak Sekarang!
Baca juga, Ini Cara Daftar Dan Tebus e-Rebat RM200 Untuk Beli Peralatan Elektrik Di Shopee

mysalam

Syarat Kelayakan mySalam

Berikut adalah syarat kelayakan yang ditetapkan untuk memohon skim mySalam :

Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :-

  • Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
  • Individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
  • Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.

Manfaat Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :-

  • Penyakit kritikal RM8,000 + hospitalisasi RM50 untuk maksimum 14 hari.

Bagi mereka yang bukan penerima Bantuan Sara Hidup (BSH), anda boleh menyemak kelayakan anda di portal rasmi mySalam.

Caranya adalah seperti berikut :

  1. Tekan pada pautan berikut https://www.mysalam.com.my/.
  2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan Anda.
  3. Tekan “Semak”

Proses Tuntutan mySalam Elaun COVID-19

Bagi mereka yang ingin menuntut elaun COVID-19 mySALAM, anda boleh memohon sehingga RM700 bersamaan 14 hari tempoh kuarantin kendiri atau dimasukkan ke wad hospital. Ikuti langkah berikut untuk melakukan permohonan:Pertama, klik Tuntutan diikuti oleh Penyerahan Tuntutan

tuntutan mysalam

Kedua, klik Tuntutan Hospitalisasi bagi:

    1. Pesakit Positif COVID-19,
    2. Disyaki COVID-19 dan ditahan di pusat kuarantin KKM, atau;
    3. Disyaki COVID-19 dan diarahkan KKM kuarantin di kediaman sendiri.

hospitalisasi

Ketiga, isikan butiran tarikh kuarantin.

butiran

Keempat, muatnaik dokumen dan pengenalan diri anda.

dokumen

Kelima, klik “Hantar” kemudian klik “Saya Setuju” dan permohonan anda akan diproses.

hantar

Status tuntutan berkait COVID-19 akan dikemaskini secara automatik setelah tuntutan disahkan oleh penilai mySALAM.

status

Dapatkan maklumat lanjut dengan menekan pada pautan ini.

Perunding mySalam Mengikut Negeri

Perunding mySalam bersedia untuk menjawap atau membantu anda untuk mengemukakan tuntutan.

Perunding mySalam kini berada di kiosk di hospital-hospital Kementerian Kesihatan Malaysia di lokasi yang terpilih, dan jumlah kiosk akan ditambah dari semasa ke semasa.

Sila berjumpa dengan Perunding mySalam, di lokasi kiosk-kiosk seluruh Malaysia disini.