mySalam Bantuan Kewangan Kepada Penerima BSH

  

APAKAH ITU MYSALAM?

MySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat MySalam melalui Tabung Amanah MySalam.

MySalam diperkenalkan pada Januari 2019, isi rumah kumpulan pendapatan bulanan 40% terendah (B40) yang juga penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 (BSHR) adalah layak untuk menerima bantuan tersebut.

Baru-baru ini, Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin telah mengumumkan bantuan RM50 sehari kepada B40 dan M40 yang dimasukkan ke hospital akibat COVID-19.

Berikut adalah maklumat lanjut tentang skim MySalam, manfaatnya serta cara membuat tuntutan MySalam.

MYSALAM COVID-19

Kerajaan Malaysia dibawah pemerintahan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin telah memaklumkan bahawa mereka yang dikuarantin disebabkan oleh virus wabak COVID-19 boleh menuntut elaun hospital sebanyak RM50 sehari sehingga 14 hari setahun.

Komplikasi yang berpunca daripada virus COVID-19 yang mengakibatkan salah satu daripada 14 jenis Penyakit Kritikal tersenarai boleh membuat tuntutan di bawah manfaat penyakit kritikal.

SYARAT KELAYAKAN & KELEBIHAN MYSALAM

1. Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :-

  • Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
  • Individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
  • Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.

Manfaat Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :-

  • Penyakit kritikal RM8,000 + hospitalisasi RM50 untuk maksimum 14 hari.

2. Bukan Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :-

  • Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan sehingga RM100,000 setahun.

Manfaat Bukan Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :-

  • Penyakit kritikal RM4,000 + hospitalisasi RM50 untuk maksimum 14 hari.
CARA MENDAFTAR MYSALAM

Untuk mendaftar di bawah Skim Perlindungan MySalam ini, kerajaan Malaysia telah menubuhkan portal rasmi mySalam untuk memudahkan rakyat Malaysia memohon secara atas talian. Anda dikehendaki untuk mengisi maklumat dalam borang secara atas talian yang telah disediakan didalam portal tersebut.

Maklumat lanjut seperti kelayakan Skim, butiran manfaat, manfaat kelayakan, status tuntutan, senarai hospital dan lain-lain boleh diakses melalui portal tersebut dengan hanya memasukkan No. Kad Pengenalan anda dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang telah anda tetapkan).

One thought on “mySalam Bantuan Kewangan Kepada Penerima BSH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *