Kerajaan sedang mengkaji cadangan atau saranan untuk membenarkan pencarum tertentu bagi mengeluarkan dana daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) – kata Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin. – 4 November 2020 Putrajaya
“Saya telah berbincang dengan Kementerian Kewangan (Tengku Zafrul) dan kita pada dasarnya bersetuju dan bersedia mengkaji cadangan untuk pencarum yang benar-benar memerlukan untuk mengeluarkan peruntukan dari dana Akaun 1 KWSP,” Katanya dalam satu temu bual bersama BERNAMA dan stesen televisyen tempatan lain. hari ini, menjelang pembentangan Belanjawan 2021.
Belanjauan yang akan dibentangkan pada 6 November 2020 itu merupakan yang pertama di bawah pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional.
Kerajaan Perikatan Nasional pada tahun ini juga telahpun melaksanakan beberapa kelonggaran berhubung KWSP, khususnya membenarkan caruman pekerja dikurangkan daripada 11% ke 7% dan pengeluaran menerusi i-Lestari yang mana pencarum boleh mengeluarkan simpanan maksimum RM 500 sebulan untuk tempoh 12 bulan daripada Akaun 2.
Hampir 70 % daripada ahli pencarum KWSP memilih untuk mengurangkan caruman kepada 7% yang kini menyumbang kepada peningkatan pendapatan boleh guna sebanyak hampir RM 700 juta ringgit sebulan.
Sekian.