Kerajaan Negeri Sabah telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 128.88 juta rakyat sabah yang terkesan disebabkan PKP yang telah dilaksanakan di seluruh daerah Sabah bagi menurunkan dan memutuskan rantai virus covid 19.
Bantuan ini akan diagihkan dalam 2 bentuk iaitu bantuan kewangan bernilai RM300 dan bantuan bakul makanan.
Baca juga, BPR 2021: Download & Isi Borang Permohonan Online
1. Bantuan RM300 one-off
Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor, berkata sejumlah RM97.4 juta diperuntukkan sebagai bantuan sekali terima bernilai RM300 seorang untuk 324,661 orang.
Bantuan RM300 One-off ini akan di agihkan kepada :
- e-kasih
- B40
- anak yatim
- orang tua
- orang kurang upaya
- ibu tunggal
- petani, nelayan
- pekebun kecil
- penternak
- pemandu pelancong
- malim gunung
- porters
- penggiat seni
- pemandu teksi
- pemandu bas
- pemandu lori
- penjaja
Untuk Semakan Status Bayaran, anda boleh klik link tersebut : https://bantuan.covid19.sabah.gov.my/
2. Bakul Makanan Kepada Penduduk Sabah.
Peruntukan NADMA berjumlah RM31.58 juta bagi perbelanjaan bakul makanan kepada penduduk Sabah yang terkesan akibat arahan perintah kuarantin di rumah dan lokaliti yang terlibat dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Anda mungkin berminat, 10 Bantuan Kerajaan Yang Korang Boleh Dapat Bagi Tahun 2021!
Berikut adalah kenyataan media dari Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor.