Alhamdulillah,
Kerajaan telah meluluskan cadangan berkaitan pengeluaran akaun 1 KWSP. Cadangan ini telah menjadi viral selepas mantan perdana menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Bin Tun Razak melalui postingnya di laman sosial iaitu kerajaan membenarkan pecarum KWSP mengeluarkan dana dari Akaun 1.
Cadangan ini telah mendapat sambutan yang baik daripada rakyat Malaysia kerana ia membantu dalam mengurangkan masalah kewangan yang di hadapi disebabkan pandemik Covid 19 yang melanda di negara ini.
Antara sebab cadangan ini di sokong adalah :
1. Ramai rakyat malaysia yang kehilangan kerja.
2. Pendapatan berkurang disebabkan syarikat kekurangan keuntungan.
3. Gaji tidak di bayar full.
4. Banyak komitmen yang perlu di bayar.
5. Cuti tanpa gaji.
Banyak lagi sebab-sebab lain mengapa cadangan ini mendapat sambutan daripada Rakyat Malaysia.
Kemudahan Pengeluaran simpanan KWSP bersasar dari Akaun 1 sebanyak RM 500 setiap bulan selama 12 bulan sehingga RM 6000 bagi yang kehilangan pekerjaan.
Ahli pencarum KWSP yang layak boleh membuat permohonan mulai Januari 2021.