Berikut merupakan maklumat iklan jawatan kosong yang ditawarkan oleh Lembaga Air Kuching Sarawak. Maklumat kekekosongan jawatan ini adalah seperti yang diiklankan oleh pihak majikan. Portal Semakan Kerja hanya menyiarkan bagi memudahkan permohonan anda. Untuk memohon kerja, sila ikuti langkah yang berikut.
Calon yang hendak memohon untuk mengisi kekosongan kerja yang diiklankan hendaklah layak dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak majikan seperti dibawah:
Nama Majikan: Lembaga Air Kuching Sarawak
Lokasi Kekosongan: Kuching, Sarawak
Tarikh Tutup Permohonan: 23 Oktober 2020
Maklumat Jawatan Kosong:
Sekiranya anda seorang Warganegara Malaysia yang bermastautin di Negeri Sarawak dan cukup syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak majikan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun dari tarikh tutup permohonan jawatan adalah dipelawa untuk memohon jawatan yang diiklankan.
Jawatan kosong terkini yang diiklankan adalah seperti berikut:
- Penolong Pegawai Penguat Kuasa, KP29 – 1 (Tetap)
- Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), N19 – 7 (Tetap)
- Pembantu Kemahiran (Mekanikal), H19 – 1 (Tetap)
- Pegawai Khidmat Pelanggan, N19 – 1 (Tetap)
Untuk memohon, pastikan anda ikuti langkah permohonan jawatan kosong yang telah ditetapkan oleh majikan seperti yang dinyatakan dibawah.
Kaedah Permohonan:
Sekiranya anda pemohon yang mendaftar buat pertama kali;
- Klik ke butang ‘Pendaftaran Baru’ di portal e-Recruitment
- Isi kata laluan yang akan digunakan untuk log masuk ke dalam sistem e-recruitment.
(Sila pastikan kata laluan yang dipilih adalah selamat dan senang diingat oleh pemohon sendiri tetapi tidak mudah dijangka oleh orang lain) - Lengkapkan semua maklumat dalam borang pendaftaran termasuk alamat e-mel yang aktif.
- Klik butang ‘Hantar’
Pemohon akan menerima notis pemberitahuan dalam skrin komputer memaklumkan pendaftaran telah berjaya.
Anda juga boleh merujuk SYARAT-SYARAT DAN CARA MEMOHON untuk mengetahui cara membuat permohonan.
Bagi pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
Pemohon yang telah mendaftar tetapi tidak memohon jawatan kosong yang disenaraikan boleh mengemaskini permohonan jawatan melalui akaun e-recruitment masing-masing. Bagi mereka yang belum mendaftar dan berminat memohon jawatan kosong yang diiklankan, perlu terlebih dahulu mengemukakan pendaftaran yang lengkap secara atas talian melalui laman web ini.
Sila rujuk SYARAT-SYARAT DAN CARA MEMOHON, dan SENARAI JAWATAN sebelum mengemukakan permohonan jawatan kosong dan pastikan semua maklumat diisi dengan lengkap dalam akaun e-Recruitment.
Catatan Am:
Semua pemohon dikehendaki menghantar satu salinan fotostat dokumen (yang telah disahkan) seperti berikut:
(i) Salinan maklumat peribadi pemohon yang dicetak dari sistem e-Recruitment
(ii) Gambar berukuran paspot (satu keping)
(iii) Salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan
(iv) Salinan Sijil Lahir yang telah disahkan
(v) Salinan Sijil Akademik yang telah disahkan
Kepada:
PENGURUS BESAR
LEMBAGA AIR KUCHING
JALAN BATU LINTANG
93200 KUCHING.
Pemohonan yang berikut AKAN DITOLAK:
(i) Tidak lengkap
(ii) Tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam iklan
(iii) Diterima lewat dari tarikh yang ditetapkan