JAWATAN KOSONG TERBARU KERAJAAN NEGERI SARAWAK – TARIKH TUTUP 23 OKTOBER 2020

 
Berikut merupakan maklumat iklan jawatan kosong yang ditawarkan oleh Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC). Maklumat kekekosongan jawatan ini adalah seperti yang diiklankan oleh pihak majikan. Portal Semakan Kerja hanya menyiarkan bagi memudahkan permohonan anda. Untuk memohon kerja, sila ikuti langkah yang berikut.
Calon yang hendak memohon untuk mengisi kekosongan kerja yang diiklankan hendaklah layak dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak majikan seperti dibawah:
Nama Majikan: Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC)
Lokasi Kekosongan: Seluruh Negeri Sarawak
Tarikh Tutup Permohonan: 23 Oktober 2020
Maklumat Jawatan Kosong:
Sekiranya anda seorang Warganegara Malaysia yang bermastautin di Negeri Sarawak dan cukup syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak majikan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun dari tarikh tutup permohonan jawatan adalah dipelawa untuk memohon jawatan yang diiklankan.
Jawatan kosong terkini yang diiklankan adalah seperti berikut:
  1. Pembantu Tadbir (P/O) Gred N19 (Kontrak) di Pusat Inkubator dan Bimbingan Usahawan (PIBU) berikut :
    a. Kuching – 2 kekosongan

        b. Samarahan – 1 kekosongan
        c. Serian – 1 kekosongan
        d. Simunjan – 1 kekosongan
        e. Sri Aman – 1 kekosongan
        f. Daro – 1 kekosongan
        g. Bintulu – 1 kekosongan
        h. Kapit – 1 kekosongan
        i.  Marudi – 1 kekosongan

        j.  Limbang – 2 kekosongan

  2. Pembantu Tadbir (P/O) Gred N19 – Pegawai Perhubungan Pelanggan (Kuching) – 1 kekosongan
  3. Pembantu Tadbir (P/O) Gred N19 – Jurugambar dan Video Editor (Kuching) – 1 kekosongan
  4. Pembantu Tadbir (P/O) Gred N19 – (Kuching ) – 9 kekosongan
  5. Pengawal Keselamatan Gred KP11 (kontrak) – 2 kekosongan
  6. Pembantu Awam H11 (kontrak) – 1 kekosongan
Untuk memohon, pastikan anda ikuti langkah permohonan jawatan kosong yang telah ditetapkan oleh majikan seperti yang dinyatakan dibawah.
Kaedah Permohonan:
Sekiranya anda berminat untuk mengisi kekosongan jawatan ini, anda adalah dijemput untuk memohon dengan mengisi borang permohonan Borang Jawatan Kosong SEDC  berserta butir-butir peribadi yang lengkap (resume) dan salinan sijil-sijil yang berkaitan.
(Sila rujuk iklan penuh jawatan kosong di laman Facebook Rasmi SEDC untuk maklumat lebih lanjut mengenai jawatan yang ditawarkan)

2 thoughts on “JAWATAN KOSONG TERBARU KERAJAAN NEGERI SARAWAK – TARIKH TUTUP 23 OKTOBER 2020

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *