1. Syarat Lantikan:
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) i- Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
ii- Lulus peperiksaan akhir Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan; atau
iii- Lulus Peperiksaan Kelayakan(QE) Institut Akauntan Malaysia(MIA).
2. Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian(sekurang-kurangnya Gred C)
dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan.
3. Syarat Peningkatan Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Akauntan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Akauntan Gred WA41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatandan:
(a) mempunyai kelayakan diperenggan 1(c); dan
(b) had umur pelantikan:
i- berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56tahun; atau
ii- berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
iii- berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
4. Keperluan Tambahan:
Hanya calon yang telah memperoleh kelayakan/ kelulusan ijazah sarjana muda yang telah diiktiraf oleh senat universiti/ jawatan kuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan permohonan jawatan ini layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.
Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku.
Tarikh tutup permohonan bagi jawatan ini adalah sebelum atau pada 19 Julai 2020(Ahad),jam 11.59malam.
Anda boleh mohon secara online di portal SPA https://www.spa.gov.my/spa/
Maklumat syarat lantikan/gaji/tugas-tugas jawatan di pautan berikut:
https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/gaji-syarat-lantikan-deskripsi-tugas/ijazah-sarjana-phd/akauntan-gred-wa41