INSAN-i : PINJAMAN KWSP BERCAGAR / FASILITI SOKONGAN AKAUN 2 (FSA2) BSN OLEH BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN)
Kementerian Kewangan baru-baru ini telah mengumumkan melalui kenyataan akhbar bertarikh 21 Mac 2023, KWSP telah memperincikan mekanisme serta terma dan syarat bagi Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) bagi membolehkan pencarum membuat pengeluaran awal bersyarat sebelum umur 50 tahun dan 55 tahun.
Permohonan FSA2 boleh dibuat melalui 2 bank buat masa ini, iaitu MBSB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang FSA2 yang akan ditawarkan oleh BSN.
Pengenalan Fasiliti Sokongan Akaun 2 KWSP (FSA2)
Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) adalah bertujuan membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan dengan disokong oleh permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun.
Fasiliti Sokongan Akaun 2 / Pinjaman Bercagar KWSP (FSA2 BSN)
Bank Simpanan Nasional menawarkan kemudahan Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) kepada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bermula 14 April 2023.
Berikut adalah maklumat pembiayaan:
Kadar Keuntungan | *KAS + 1.75% |
Had Pembiayaan | Minimum: RM3,000 Maksimum: RM50,000 |
Tempoh Pembiayaan | Sehingga 10 tahun atau sehingga umur 55 tahun pada akhir tempoh Pembiayaan, yang mana terdahulu. |
Kaedah Bayaran Ansuran Bulanan | Tunai di kaunter BSN Arahan Tetap Akaun BSN Giro/i (Standing Instruction) Arahan Tetap dari Institusi Kewangan lainIBG/ e-payment ATM/ CDM/ myBSN |
Tarikh Permohonan FSA2 Pinjaman KWSP BSN
Permohonan FSA2 KWSP oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) akan dibuka secara online mulai 14 April 2023 hingga 4 April 2024 menerusi laman web rasmi BSN.
Semakan Kelayakan
Berikut adalah antara syarat kelayakan yang ditetapkan oleh pihak BSN :
- Berumur 40 – 50 tahun sewaktu memohon
- Ahli KWSP (mendaftar i-Akaun dengan KWSP) yang mempunyai baki simpanan minimum RM3,000 di dalam Akaun 2 KWSP
- Memahami dan menerima Kesedaran dan Kefahaman Mengenai Fasiliti Sokongan Akaun 2 di halaman / laman web BSN
- Melepasi semakan kredit BSN termasuk penilaian kelayakan
Untuk membuat semakan sama ada anda layak membuat permohonan bagi pinjaman bercagar KWSP (FSA2 MBSB) ini, sila ikuti langkah berikut:
- Daftar dan aktifkan i-Akaun sekiranya perlu* atau lihat Cara Daftar i-Akaun KWSP Secara Online Dengan Mudah
- Semak kelayakan di i-Akaun
- Mohon di institusi perbankan yang mengambil bahagian mulai 7 April 2023 (BSN & MBSB)
Daftar dan aktifkan i-Akaun di Self Service Terminal (SST) di cawangan KWSP berdekatan bagi membolehkan anda menerima nombor Transaction Authorisation Code (TAC) bagi tujuan semakan kelayakan.
Layari https://fsa2.kwsp.gov.my/ untuk mengetahui lebih lanjut tentang Fasiliti Sokongan Akaun KWSP 2 ini.

Cara Permohonan Insan-i (Pinjaman Bercagar KWSP BSN)
Sila ikuti langkah-langkah berikut untuk membuat permohonan :
- Sila layari laman web rasmi BSN yang berikut untuk membuat permohonan : https://www.bsn.com.my/page/Insan-i
- Memahami dan menerima Kesedaran & Kefahaman Mengenai Fasiliti Sokongan Akaun 2
- Isi nama dan kad pengenalan, semak kelayakan KWSP untuk permohonan.
- Klik teruskan dan sahkan identiti anda menerusi nombor TAC yang diterima.
- Isikan jumlah dan tahun pembiayaan yang ingin dipohon.
- Lengkapkan maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan pembiayaan.
- Permohonan anda akan diproses dalam 5 hari bekerja berdasarkan penialain kredit dan status bankrap.
- Notifikasi SMS akan dihantar sekiranya permohonan diluluskan dan seterusnya melakukan penerimaan tawaran pembiayaan secara atas talian.
- Anda boleh menyemak status permohonan melalui https://www.bsn.com.my/page/insan-i menggunakan ID dan kata laluan yang didaftarkan.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN:
- Salinan Kad Pengenalan (depan & belakang).
- Borang Permohonan (atas talian).
- Notis Permohonan Pengeluaran Awal Bersyarat Umur 50 Tahun atau Umur 55 tahun.
- Penyata Pendedahan Produk.
- Kesedaran dan Kefahaman Mengenai BSN MyRinggit Insan-i (Senarai semak soal selidik melalui halaman laman sesawang / portal BSN).
- Dokumen pendapatan atas permintaan BSN.
- Dokumen lain yang mungkin diperlukan oleh BSN.
Maklumat Lanjut
Sila rujuk maklumat sepenuhnya tentang pinjaman bercagar KWSP BSN Insan-i di sini:
- Lihat semua kadar perbankan.
- Lihat semua fi & caj.
- Lihat Penyata Pendedahan Produk.
- Lihat Soalan-soalan lazim.
- Lihat Proses Permohonan Pembiayaan.
- Tertakluk pada Terma & Syarat.
Dapatkan maklumat terkini oleh BSN melalui saluran berikut:
- Laman web rasmi BSN : https://www.bsn.com.my/
- Hotline BSN : 1300 88 1900
- Facebook : BSN Malaysia