Kerajaan sedang mengkaji cadangan atau saranan untuk membenarkan pencarum tertentu bagi mengeluarkan dana daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) – kata Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin. – 4 November 2020 Putrajaya
“Saya telah berbincang dengan Kementerian Kewangan (Tengku Zafrul) dan kita pada dasarnya bersetuju dan bersedia mengkaji cadangan untuk pencarum yang benar-benar memerlukan untuk mengeluarkan peruntukan dari dana Akaun 1 KWSP,” Katanya dalam satu temu bual bersama BERNAMA dan stesen televisyen tempatan lain. hari ini, menjelang pembentangan Belanjawan 2021.
Belanjauan yang akan dibentangkan pada 6 November 2020 itu merupakan yang pertama di bawah pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional.
Kerajaan Perikatan Nasional pada tahun ini juga telahpun melaksanakan beberapa kelonggaran berhubung KWSP, khususnya membenarkan caruman pekerja dikurangkan daripada 11% ke 7% dan pengeluaran menerusi i-Lestari yang mana pencarum boleh mengeluarkan simpanan maksimum RM 500 sebulan untuk tempoh 12 bulan daripada Akaun 2.
Hampir 70 % daripada ahli pencarum KWSP memilih untuk mengurangkan caruman kepada 7% yang kini menyumbang kepada peningkatan pendapatan boleh guna sebanyak hampir RM 700 juta ringgit sebulan.
Sekian.
Sekarang ramai yg hilang punca pendapatan,hilang perkejaan.Tak kira yg dah berkeluarga atau bujang.Kita harapkan keputusan yang terbaik dr kerajaan sekarang.Rakyat sekarang tengah susah,bayaran kwsp sebanyak 500 tidak mencukupi,untuk menanggung kos sara hidup lebihx2 lagi sekarang kita tengah susah dilanda COVID.
Duit sendiri fahammm duit sendiri. Habih nak suruh rakyat pinjam along. Apa bahlol sangat ni. Bila dah ada pencarum kwsp. Bila perlukan duit. Ni la waktu yg sesuai. Time covid ni mcm2 masalah tau x. Ko ingat pekeja swasta ni mcm keja gomen kot. Apa bengap sangat ni. Dpt menteri bagang piki poket sendiri.
Saya setuju sagat2 kalau boleh luluskan lah untuk kami kluarkan KWSP akuan 1 sebanyak 2000 sengal 5 bulan
Pleasela.. Menteri kewangan dn PM tlg luluskan pengeluaran kwsp akaun 1 secara one off. Kami amat2 menerlukan.
Bg la semua dpt keluarkan duit kwsp.. Rakyat tngh kesempitan nie. Tlng dgr sama. Keluhan rakyat. Lg pon duit rakyat.
Rm2000 5bulan
Rm2000 5bulan
Rm 2000 sebulan setuju
5000 utk dua bulan atau 2k utk 5 bulan. Tolonglah kami. Dah dibuang kerja, pegi interview semua takde jawapan…nak guna duit utk buka gerai pun sudah. Satu je cara selain kwsp ni ialah ah long…adakah PM nak rakyat menyusahkan siri dgn pinjaman ah long?
Apa-apa pun kaedah pengeluaran yang penting jelas rakyat boleh dibantu untuk boleh mengeluarkan 10k dari akaun 1 kwspnya..selepas pandemic ini berlalu dan ekonomi negara bertambah stabil boleh kerajaan menaikkan dividen kwsp dan caruman pekerja dan majikan untuk menambah tabungan kwsp untuk simpanan dan kegunaan masa pencen nanti…
Suami dr bln 7 lg dh kena buang kerja..anak ada 3 skrg prgnant,bln 3 mlahirkan..tolong lh fahami masalah rakyat skrg ne yg sngat2 memerlukan..setuju ja lh..
saya ibu tunggal yg dah di berhentikan kerja kerana masalah boss x mampu nak bayar gaji sales tak ada..cuba fikir saya nak sara anak,nak bayar hutang pinjaman wang berlesen,nak bayar rumah,nak biaya sekolah anak,nak makan,api/air.dgn keadaan saya yg mengidap tyriod,cyst sekarang dh rujuk psikiatri saya ada deoression..nak gila rase nya bila fikir kan khidupan saya…saya perlukan KWSP saya sebulan 500.00 acc 1.tu x mencukupi