e-Rebat Rm200 ini adalah salah satu manfaat yang akan diperolehi oleh rakyat menerusi yang diumumkan pada Belanjawan 2021 November lalu. e-Rebat dimasukkan dibawah program SAVE 2.o, di mana melibatkan peruntukan berjumlah RM30 juta kepada 140,000 isi rumah.
Menerusi program ini, setiap isi rumah akan mendapat e-Rebat sebanyak RM200 untuk membeli peralatan elektrik seperti penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga berlabel 4 atau 5 bintang oleh Suruhanjaya Tenaga (ST).
Baca juga, Panduan Lengkap Cara Permohonan Skim Bantuan Zakat Deposit Sewa Rumah Dan Sewa Rumah Bulanan
Baca juga, Tarikh Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR 2021)
Cara daftar dan tebus e-Rebat RM200
Oleh itu, anda yang ingin menebus e-rebat ini boleh berbuat demikian melalui aplikasi Shopee dengan mengikut beberapa langkah mudah di bawah.
Terlebih dahulu, mereka yang tidak mempunyai aplikasi ini, boleh memuat turun di Google Play atau App Store.
Pertama, buka aplikasi Shopee dan pilih Daftar Sekarang & Tebus Baucar RM200 atau tekan Buy Malaysia seperti tertera di bawah.
Kedua, tekan Daftar Sekarang untuk membuat pendaftaran.
Ketiga, imbas kod QR di bawah.
Keempat, isi maklumat yang diperlukan seperti nombor bil elektrik, nombor kad pengenalan, nama penuh dan lain-lain. Jika bukan pemegang akaun bil elektrik berkenaan, nyatakan status anda dengan pemegang akaun sebenar seperti anak dan sebagainya.
Setelah lengkap, sahkan permohonan anda dan tekan “Submit” atau “Hantar”.
Selesai. Status permohonan yang telah berjaya dihantar akan diberitahu dalam tempoh 14 hari bekerja. Jika diluluskan, baucar RM200 akan dikreditkan ke dalam akaun Shopee Wallet anda. Mudah kan!
Tekan pautan ini untuk mendapatkan maklumat lanjut Program SAVE 2.0