Keputusan Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) untuk tidak meluluskan secara automatik penerima i-Lestari kepada skim i-Sinar adalah berikutan perbezaan situasi yang dihadapi negara ketika ini.
Ketua Pegawainya, Alizakri Alias menjelaskan i-Lestari diperkenalkan ketika negara berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac yang menyebabkan kebanyakan ekonomi dan aktiviti sosial tidak dibenarkan beroperasi.
Justeru, beliau berkata, keadaan tersebut menimbulkan kebimbangan KWSP terhadap nasib ahli-ahli mereka.
“Tetapi masa sekarang ini situasi telah pun berubah, kalau kita fikir PKP yang secara ketat dulu pun tidak ada lagi. Jadi, kita (rakyat) telah bekerja semula dan ekonomi sudah mula dijana. Kita juga jangan lupa, bukan semua orang hendak membuat permohonan i-Lestari pada masa itu.
“Walaupun kriteria dan ia terbuka untuk ramai orang, bukan semua orang mahu memohon i-Lestari, sama juga dengan i-Sinar.
“Mungkin keadaan sekarang dah berlainan berbanding pada Mac dan April,” katanya pada temubual bersama Astro Awani..
Artikel lain, Tarikh Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR 2021)
Ketika i-Lestari diperkenalkan juga, Alizakri berkata, bantuan yang disalurkan kerajaan masih tidak secara menyeluruh.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini mengumumkan kemudahan pengeluaran caruman akaun 2 KWSP berkuat kuasa 1 April bagi membantu meringankan beban ditanggung rakyat.
Menerusi i-Lestari, pencarum boleh mengeluarkan simpanan maksimum RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan dari Akaun 2 masing-masing.
SOALAN LAZIM
Saya merupakan penerima i-Lestari. Adakah saya layak untuk memohon i-Sinar?
JAWAPAN: Boleh. Anda yang sedang menerima bayaran bulanan Pengeluaran i-Lestari juga boleh memohon i-Sinar.
Bagaimanakah cara untuk memohon i-Sinar?
JAWAPAN: Baca artikel ini – i-SINAR: Permohonan Kategori 1 kini dibuka — Mohon Sekarang!
Sekiranya saya tidak mempunyai i-Akaun, adakah saya boleh memohon i-SINAR?
JAWAPAN: Sebaiknya anda buka i-Akaun terlebih dahulu sebelum memohon i-SINAR.
Berapakah jumlah minimum di dalam akaun KWSP saya?
JAWAPAN: Jumlah minimum adalah sebanyak RM10 selepas pengeluaran dari Akaun 1 dan Akaun 2.
Apakah perkara penting yang perlu saya lakukan sebelum memohon i-Sinar?
JAWAPAN: Bagi melancarkan urusan permohonan nanti, anda digalakkan untuk mendaftar nombor telefon bimbit anda di cawangan atau kios KWSP dan mengemas kini maklumat melalui aplikasi atau portal i-Akaun.
Pastikan akaun bank yang diberikan kepada KWSP semasa pendaftaran:
i. Masih aktif
ii. Milik anda
iii. Bukan Akaun Bersama (Joint Account)
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari portal rasmi KWSP di https://www.kwsp.gov.my/ dan portal rasmi i-SINAR di https://isinar.kwsp.gov.my/.