i-Sinar: Rakyat Mahu Permohonan Pengeluaran Akaun 1 KWSP RM10,000 Tanpa Syarat

Menteri Kewangan, YB Datuk Tengku Zafrul Abdul Aziz pada pembentangan Belanjawan 2021 telah membawa isu yang banyak diperkatakan iaitu Pengeluaran RM10,000 secara one-off melalui Akaun 1 KWSP.

Program i-Sinar kini dibuka dan diperluaskan kepada SEMUA ahli yang terjejas pendapatan mereka. Tidak kira samada disebabkan hilang pekerjaan, ataupun telah terkurang pendapatan mereka tahun ini – ahli tersebut layak memohon untuk membuat pengeluaran dari Akaun 1.

Baca juga : [RASMI] Pengeluaran Akaun 1 KWSP RM10,000 diluluskan untuk semua ahli melalui i-Sinar

Apakah syarat Pengeluaran Akaun 1 KWSP?

Antara syarat yang diumumkan adalah seperti berikut :

  1. Pemohon mestilah ahli pencarum di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
  2. Semua ahli yang terjejas pendapatan boleh mohon.
  3. Perlu tunjukkan bukti kehilangan pekerjaan, notis cuti tanpa gaji, potongan gaji, elaun atau Over Time

Sebelum ini hanya 600 ribu ahli sahaja yang layak untuk memohon Akaun 1 KWSP dengan pengeluaran maksimum sebanyak RM 6,000. Namun selepas mendengar keluhan rakyat Malaysia, Kerajaan telah mengumukan 8 juta ahli akan menikmati faedah ini. Pengeluaran Maksimum yang telah diumumkan adalah RM 10,000 secara One-Off.

Kriteria Permohonan Skim i-Sinar WAJIB lebih terbuka.

Rata-rata rakyat Malaysia masih tidak berpuas hati terhadap syarat yang telah ditetapkan. Walaupun syaratnya telah diperluaskan, namun kriteria permohonan skim i-Sinar masih terlalu ketat, memandangkan ada rakyat yang terjejas sumber kewangannya walaupun masih bekerja.

Tambahan pula, beberapa dokumen diperlukan untuk membuat permohonan sebagai bukti pemohon betul-betul layak menerima kelulusan Pengeluaran Akaun 1 melalui skim i-Sinar.

Harap syarat ini diperhalusi semula iaitu jika boleh tanpa syarat kepada semua ahli KWSP yang aktif mencarum atau tidak.

Ini disebabkan mereka dapat menggunakan duit tersebut untuk menyelesaikan komitmen yang tertunggak, memulakan bisnes dan lain-lain lagi.