i-SINAR – Rakyat Kecewa Dengan Syarat Kelayakan Yang Ditetapkan

Berikutan pengumuman rasmi Perincian i-Sinar KWSP, rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa lantaran syarat yang ditetapkan KWSP masih terlalu ketat untuk melakukan pengeluaran wang dari Akaun 1 mereka.

KWSP telah mengeluarkan kriteria kelayakan bagi permohonan skim i-Sinar ini, dimana hanya ada 2 Kategori kelayakan. Berikut adalah 2 kategori tersebut:

KATEGORI 1
  • ahli yang bekerja di sektor formal
  • bekerja sendiri
  • bekerja di dalam sektor ekonomi gig
  • ahli yang sudah lama tidak mencarum
  • hilang pekerjaan
  • suri rumah
  • diberi notis tanpa gaji

Kriteria bagi Kategori 1 adalah seperti berikut:

  1. Ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan; ATAU
  2. Ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas selepas Mac 2020.



KATEGORI 2

Kategori ini adalah bagi ahli yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan keatas (termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas Mac 2020, yang mana pengurangan tersebut hanya boleh dikenalpasti melalui dokumen yang diberikan.

Maklumat lanjut ada disini: Tarikh Rasmi dan Cara Mohon i-Sinar KWSP

Kedua-dua kategori ini dilihat seolah-olah menidakkan HAK rakyat untuk melakukan pengeluaran dari Akaun 1 mereka sendiri.

Masih ramai lagi rakyat yang betul-betul terbeban dengan masalah kewangan akibat penularan wabak COVID-19 di negara kita. Ada juga yang terpaksa berhutang demi kelangsungan hidup.



Bantuan kerajaan yang lain hanya dapat menampung perbelanjaan harian dalam tempoh masa yang singkat.

Sekiranya KWSP meluluskan pengeluaran Akaun 1 TANPA SYARAT atau setidaknya melonggarkan kriteria kelayakannya, sudah pasti wang tersebut dapat menampung perbelanjaan harian rakyat dalam jangka masa yang panjang.

Demikian, rakyat marhaen merasa marah dan kecewa terhadap pengumuman rasmi mengenai i-Sinar KWSP.

 

Sila berikan pandangan dan cadangan anda diruangkan komen.