Semenjak kriteria kelayakan program i-SINAR diperkenalkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) beberapa hari yang lalu, ramai rakyat Malaysia meluahkan rasa marah dan kekecewaan mereka. [BORANG PETISYEN DIBAWAH]
Ia berikutan kriteria kelayakan yang diumumkan oleh KWSP dilihat seperti menidakkan HAK pencarum untuk mengeluarkan wang mereka melalui Akaun 1 dibawah program i-SINAR.
Menurut KWSP, terdapat 2 kategori kelayakan bagi permohonan i-SINAR iaitu:
KATEGORI 1
- ahli yang bekerja di sektor formal
- bekerja sendiri
- bekerja di dalam sektor ekonomi gig
- ahli yang sudah lama tidak mencarum
- hilang pekerjaan
- suri rumah
- diberi notis tanpa gaji
Kriteria bagi Kategori 1 adalah seperti berikut:
- Ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan; ATAU
- Ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas selepas Mac 2020.
KATEGORI 2
Kategori ini adalah bagi ahli yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan keatas (termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas Mac 2020, yang mana pengurangan tersebut hanya boleh dikenalpasti melalui dokumen yang diberikan.
Baca juga, AWAS! Taktik Penipuan Terbaru Mengenai i-SINAR
Baca juga, mySALAM: Panduan Pendaftaran & Proses Tuntutan RM700 & RM8,000 Bagi Golongan B40
Melalui kategori diatas, ramai yang mempersoalkan bagaimana pula bagi mereka yang tidak mengalami pemotongan gaji namun terjejas?
Lebih-lebih lagi pada waktu ini, semua orang terkesan akibat penularan PANDEMIK wabak COVID-19. Secara faktanya, PANDEMIK ini memberi kesan kepada seluruh dunia. Bahkan di Malaysia, tidak ada seorang pun yang terkecuali. Dah nama pun PANDEMIK. Betul tak?
KWSP perlu mengambil kira situasi dan keadaan semasa rakyat Malaysia dimana masih ramai yang bekerja, namun terjejas ekonomi dan kewangannya seperti:
- Seorang bapa perlu membelikan telefon pintar dan membiayai bil telefon secara bulanan untuk pembelajaran anak-anak secara online.
- Ibu tunggal yang perlu membiayai kos pembelajaran anak-anak
- Anak-anak yang belajar di universiti perlukan kos ulang-alik dan kos pembelajaran
Dan macam-macam alasan lagi kenapa KWSP perlu luluskan pengeluaran Akaun 1 melalui i-SINAR tanpa syarat dan kriteria kelayakan seperti i-LESTARI.
Sememangnya mereka yang mendapat potongan gaji itu sangat terjejas kewangannya tetapi tidak semestinya mereka yang masih bekerja tidak mendapat impak yang sama.
Ini kerana, setiap pencarum mempunyai komitmen masing-masing seperti bebanan hutang, pembayaran bulanan kereta, sewa rumah, bil air dan sebagainya.
Setidaknya, melalui pengeluaran wang dari Akaun 1 dapat menyelesaikan masalah bebanan hutang dan menampung kehidupan mereka dalam jangka masa yang panjang.
Kepada sekalian pembaca, marilah kita sama-sama menghantar petisyen dengan mengisi borang petisyen dibawah sebagai tanda bantahan agar KWSP bersifat lebih terbuka melalui program i-SINAR demi kepentingan bersama.
Jangan lupa kongsikan artikel ini, agar kami dapat mengumpul banyak petisyen dari rakyat Malaysia.