Sejak Rabu kelmarin, antara topik yang hangat diperkatakan adalah mengenai pengumuman perincian berkenaan inisiatif i-Sinar oleh KWSP.
Tidak kurang Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Asyraf Wajdi berkata mereka telah menerima puluhan ribu maklum balas dipelbagai wahana termasuk di media sosial, whatsapp dan telefon.
Baca juga, i-SINAR – Rakyat Kecewa Dengan Syarat Kelayakan Yang Ditetapkan
Rata-rata maklum balas yang diterima menzahirkan kemarahan dan kekecewaan terhadap keputusan KWSP yang dilihat lebih menyulitkan berbanding harapan yang diberikan YB Menteri Kewangan sewaktu sesi penggulungan peringkat dasar RUU Bajet 2021 tempoh hari.
“Majoriti rakyat yang bersuara bertanggapan bahawa KWSP tidak ikhlas dan dilihat gagal menterjemahkan suara hati rakyat dan janji Kerajaan untuk meringankan beban mereka yang ketika ini berhadapan dengan kesusahan dan kepayahan hidup yang nyata di era pandemik” ujar Asyraf Wajdi.
Artikel berkaitan, Tarikh Rasmi dan Cara Mohon i-Sinar KWSP
Justeru, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menggesa agar KWSP tidak lagi cuba berdolak dalih dan segera melakukan tindakan korektif dan penambahbaikan.
Tiga (3) cadangan utama Pemuda UMNO adalah seperti berikut:
- Memansuhkan segala syarat yang menyusahkan pencarum yang ingin mengeluarkan wang simpanan mereka;
- Mengurangkan karenah birokrasi dengan menyingkatkan tempoh untuk pemohon menerima bayaran pertama daripada 3 bulan kepada maksimum 1 bulan.
- Memberikan pilihan kepada Ahli KWSP untuk mengeluarkan maksimum RM10,000 sekaligus (one-off) setelah permohonan diluluskan.
Di samping 3 cadangan awal ini, Pemuda UMNO turut menyatakan bahawa mereka komited dengan janji sebagai pemantau kepada pelaksanaan i-Sinar ini dan akan terus membawakan segala suara hati dan aduan rakyat kepada Kerajaan.
Adakah anda bersetuju dengan cadangan yang diberikan?
Sumber: Facebook Asyraf Wajdi