i-SINAR merupakan sebuah program bantuan kerajaan yang diperkenalkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi membantu Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 untuk mereka meneruskan kelangsungan hidup. (Permohonan kategori 1 i-SINAR kini dibuka)
Bagi ahli yang layak dibawah Kategori 1 i-SINAR, mereka boleh membuat permohonan hanya secara online bermula 21 Disember 2020.
Baca juga, Cara Mohon Bantuan Khas COVID-19 — RM100 Sehari
Baca juga, Cara Mohon Bantuan Kanak-kanak JKM RM200, Maksimum RM1,000
AMAUN KELAYAKAN
Amaun kelayakan i-Sinar adalah berdasarkan baki simpanan Akaun 1 Ahli seperti berikut:
Baki Simpanan Akaun 1: RM100,000 dan ke bawah | Baki Simpanan Akaun 1: Lebih dari RM100,000 |
---|---|
Pengeluaran sehingga RM10,000 (Tertakluk kepada baki simpanan minimum RM100 dalam Akaun 1). | Pengeluaran sehingga 10% daripada simpanan (Tertakluk kepada amaun maksimum RM60,000). |
Bayaran bulan pertama mengikut pilihan anda sehingga maksimum RM5,000. | Bayaran bulan pertama mengikut pilihan anda sehingga maksimum RM10,000. |
Bayaran selebihnya adalah minimum RM1,000 sebulan (Tertakluk kepada baki akhir Akaun 1 dengan amaun bayaran minimum RM50).
Dibayar dalam tempoh sehingga 6 bulan. |
Bayaran selebihnya adalah minimum RM1,000 sebulan.
Dibayar dalam tempoh sehingga 6 bulan. |
SYARAT KELAYAKAN – KATEGORI 1
Berikut adalah dinyatakan syarat kelayakan bagi permohonan i-SINAR dibawah kategori 1 :
Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, dan:
- Anda sudah lama tidak mencarum
- Anda seorang suri rumah
- Anda bekerja sendiri dan bekerja di sektor ekonomi gig
- Anda hilang pekerjaan
- Anda diberi cuti tanpa gaji
- Anda hilang sumber pendapatan
Tiada dokumen perlu disertakan bersama permohonan ini. Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP:
- Tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya dua (2) bulan berturut-turut semasa permohonan; ATAU
- Mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas sejak 1 Mac 2020.
KAEDAH PERMOHONAN
Sekiranya ada menepati syarat kelayakan yang ditetapkan oleh KWSP seperti diatas, anda boleh mula memohon pada 21 Disember 2020.
Berikut adalah cara-cara untuk memohon secara online :
- Layari portal rasmi https://isinar.kwsp.gov.my
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda (cth:010203010000)
- Masukkan Nombor Telefon Bimbit (pastikan nombor telefon anda masih aktif).
- Tekan butang “Teruskan”
- Masukkan Nombor OTP yang dihantar ke nombor telefon anda
- Klik “Sahkan”
- Pilih amaun yang hendak dikeluarkan
- Masukkan jumlah pembayaran secara bulanan
- Tekan butang “Teruskan”
- Masukkan alamat emel dan alamat tempat tinggal. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan Akaun Bank (Simpanan / Semasa) Aktif untuk buat pengeluaran i-Sinar
- Pastikan nombor akaun bank anda betul dan masih aktif bagi memastikan transaksi dapat dilakukan
- Tekan butang “Teruskan”
- Sila sahkan bahagian pengesahan permohonan. Tandakan dibahagian “Saya bukan robot”
- Klik Hantar
- SIla cetak dan simpan slip permohonan untuk rujukan dimasa akan datang.
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN
Status permohonan anda boleh disemak di portal rasmi isinar.kwsp.gov.my pada 4 Januari 2021.
TARIKH PEMBAYARAN
- Bagi kategori 1, pembayaran pertama i-Sinar akan dibuat bermula pertengahan Januari 2021.
- Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda.
- Pembayaran akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik anda.