Tarikh Rasmi dan Cara Mohon i-Sinar KWSP

Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) hari ini telah mengumumkan perincian mengenai Skim i-Sinar KWSP. Pengumuman inilah yang sangat ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia.

Didalam perincian tersebut, KWSP telah mengumumkan tarikh rasmi permohonan dibuka, syarat kelayakan dan cara membuat permohonan i-Sinar. Berikut adalah perinciannya:

 



BILAKAH TARIKH PERMOHONAN i-SINAR DIBUKA?

Setiap ahli yang ingin membuat permohonan skim i-Sinar secara online boleh berbuat demikian bermula pada tarikh 21 Disember 2020 bagi kategori 1 dan 11 Januari 2021 bagi kategori 2.

Baca juga, AWAS! Jangan Terpedaya Dengan 4 Aplikasi Palsu i-Sinar Ini

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan baharu yang telah ditetapkan oleh KWSP mengikut kategori:

KATEGORI 1
  • ahli yang bekerja di sektor formal
  • bekerja sendiri
  • bekerja di dalam sektor ekonomi gig
  • ahli yang sudah lama tidak mencarum
  • hilang pekerjaan
  • suri rumah
  • diberi notis tanpa gaji

Kriteria bagi Kategori 1 adalah seperti berikut:

  1. Ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan; ATAU
  2. Ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas selepas Mac 2020.

Bagi kategori ini:

  • Tiada dokumen diperlukan;
  • Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP;
  • Ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 21 Disember 2020.

Pembayaran untuk ahli yang layak akan bermula dari pertengahan Januari 2021.

KATEGORI 2

Kategori ini adalah bagi ahli yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan keatas (termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas Mac 2020, yang mana pengurangan tersebut hanya boleh dikenalpasti melalui dokumen yang diberikan.

Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; dan
  • Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan / atau tuntutan kerja lebih masa.

Dokumen sokongan yang diperlukan sekiranya dokumen diatas tidak boleh dikemukakan:

  • penyata bank atau;
  • surat pengesahan majikan atau;
  • dokumen berkaitan yang boleh dipertimbangkan

Tarikh permohonan bagi kategori ini adalah mulai 11 Januari 2021 melalui portal rasmi isinar.kwsp.gov.my



KAEDAH PERMOHONAN i-SINAR

Berikut adalah dua (2) cara untuk memohon pengeluaran wang melalui skim i-Sinar:

    1. PERMOHONAN ONLINE MELALUI PORTAL RASMI i-SINAR
        • Layari portal rasmi https://isinar.kwsp.gov.my
        • Sila Klik Permohonan Baharu KWSP
        • Isikan Nombor Kad Pengenalan
        • Pemohon mestilah belum lagi mencapai umur 55 tahun semasa membuat permohonan pengeluaran i-SINAR melalui portal
        • Isikan Nombor Telefon Bimbit, Alamat Emel, Alamat Rumah, Poskod, Bandar, Negeri¬†(pastikan semua maklumat diisi dengan tepat).
        • Pilih Amaun yang diperlukan (maksimum RM60,000 mengikut kategori masing-masing)
        • Selepas buat pilihan Amaun, pilih nama Bank yang ingin digunakan untuk transaksi
        • Pilihan Bank untuk permohonan pengeluaran i-SINAR online
        • Masukkan Akaun Bank (Simpanan / Semasa) Aktif untuk buat pengeluaran i-Sinar
        • Pastikan nombor akaun bank anda betul dan masih aktif bagi memastikan transaksi dapat dilakukan
        • Muat turun Dokumen Bukti Pendapat Terjejas
        • Sila sahkan bahagian pengesahan permohonan.
        • Klik Hantar

 

Maklumat lanjut, sila layari portal rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Sumber: Pengumuman Perincian i-Sinar KWSP