i-SINAR: KWSP sedia berbincang jika tiada dokumen – CEO KWSP

Pada Rabu yang lalu, KWSP telah mengumumkan perincian mengenai skim pengeluaran Akaun 1 melalui i-SINAR. Walaubagaimanapun, kriteria kelayakan yang ditetapkan dilihat agak tidak munasabah mengenai dokumen-dokumen yang diperlukan oleh segelintar ahlinya.

Baca sini, Tarikh Rasmi dan Cara Mohon i-Sinar KWSP



KWSP baru-baru ini menyatakan bahawa mereka akan sedia berbincang dengan mana-mana ahli mengenai dokumen yang diperlukan untuk pengeluaran wang dari Akaun 1.

Mana-mana ahli yang tidak mempunyai dokumen sokongan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terbuka untuk mengadakan perbincangan dan meneliti situasi berkenaan bagi permohonan kemudahan i-SINAR.

Ketua Pegawainya, Alizakri Alias berkata ahlinya hanya perlu hadir ke mana-mana cawangan KWSP yang terdekat bagi menjelaskan situasi yang dihadapi mereka itu.

“Kita akan tengok juga apakah situasi yang kita boleh menolong insan(ahli) untuk mendapatkan permohonan dibawah kategori kedua ini”.

Jadi sayapun kebetulannya untuk menncatikkan setiap dokumen ini, kita pun tak tahukan? Sebab setiap orang situasinya berlainan” kata Alizakri Alias.



Beliau juga menyeru ahli yang betul-betul memerlukan pertolongan namun tiada dokumen sokongan agar datang ke mana-mana cawangan KWSP yang terdekat.

Perkara seperti ini juga dilihat akan melambatkan proses permohonan bagi memastikan pengeluaran dari Akaun 1 melalui i-SINAR dapat dipercepatkan selepas kelulusan.

Bagi maklumat lanjut, sila berhubung dengan pegawai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau layari portal rasmi https://www.kwsp.gov.my/

 

Adakah anda bersetuju mengenai Perincian i-SINAR KWSP yang telah diumumkan baru-baru ini?

Sila tekan borang untuk turut mengundi bersama kami.

BORANG UNDIAN