HUTANG KERETA @ RUMAH DULU ? – Baca Tips Tersebut

KERETA DULU ATAU RUMAH DULU?
Soalan ini sering di tanya oleh anak muda yang baru ataupun sudah bekerja. Dua benda ini kita kena hutang bila tiada simpanan yang banyak untuk beli secara tunai.
Berikut adalah pandangan berkaitan nak buat hutang rumah atau kereta dulu. 
Setiap orang mempunyai keadaan yang berbeza. Bila keadaan itu berbeza, anda jangan buat perbandingan tersebut kerana risau ia membebankan anda bila mengikut jejak langkah nya. Oleh demikian kita akan lihat melalui gaji bulanan kita.
Jika gaji RM 3,000 ke bawah, anda boleh juga beli kereta proton saga atau axia yang “low” spek. Tetapi gaji di bawah RM 3,000 mempunyai peluang yang tipis untuk beli rumah selepas anda memiliki hutang kereta. Bank akan lihat pembahagian gaji anda nanti. Maka hutang kereta itu telah telan sebahagian gaji anda dan susah untuk dapatkan pembiaayaan perumahan.
Contoh nya, bulanan hutang kereta adalah RM 500, Bila tolak dengan gaji RM 3,000 akan menjadi 2,500 yang boleh di gunakan . Setiap bank mempunyai syarat permohonan yang berbeza. Salah satunya Bank Rakyat mengambil RM 1,000 untuk “Cost of living”, manakala selebihnya iaitu RM 1,500 boleh digunakan untuk pembiaayaan perumahan. Harga Rumah yang anda boleh beli adalah di antara RM 250,000 ke bawah.
Jika anda beli rumah dulu, peratus untuk anda dapat buat pembiayaan rumah adalah tinggi sebelum hutang kereta ada. Jika anda sudah memiliki kediaman tersebut, anda boleh sewakan kepada orang lain. Maka anda ada sumber pendapatan sewa dari rumah yang anda beli. Dengan pedapatan yang anda ada itu, bank akan lihat ia nya boleh menjadi “side income”. Peluang untuk beli kereta selepas itu akan menjadi cerah. Dengan langkah tersebut, anda boleh dapat ke dua- duanya sekali.
Gadis Melayu akan memilih lelaki yang ada rumah kerana nampak masa depan yang lebih cerah walaupun kulit anda gelap seperti Milo.. 
Berikut adalah tips-tips untuk anda. Semoga ia nya bermanfaat, boleh kongsi dengan kawan-kawan.
Sekian,
Terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *