Hilang Pendapatan, Cara Mohon Bantuan KHAS RM100

Bantuan Khas COVID-19 NADMA

Sukacita dimaklumkan bahawa Agensi Pengurusan Bencana Negara yang dikenali sebagai NADMA melanjutkan Bantuan Khas Covid-19.

Agensi Pengurusan Bencana Negara atau lebih dikenali sebagai NADMA merupakan sebuah agensi pengurusan kecemasan kerajaan Malaysia. NADMA berfungsi sebagai pusat penyelarasan kepada agensi kerajaan yang terlibat dengan penguatkuasaan bencana.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KHAS RM100 NADMA 

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan :

1. Mendapat arahan/perintah Kuarantin Covid-19 daripada Kementerian Kesihatan.

2. Menjalani rawatan Covid-19 di mana-mana wad hospital (Discharge Note / Medical Certificate).

SENARAI PEMOHON YANG TIDAK LAYAK

1. Bukan Warganegara Malaysia.

2. Tidak bekerja di Malaysia atau tidak bekerja sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian.

3. Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh pengawasan dan pemerhatian / menjalani rawatan          di wad hospital (warded) ekoran Covid-19.

JUMLAH BANTUAN

Kadar bantuan yang akan diberikan oleh pihak kerajaan kepada pemohon bantuan KHAS ialah

  •    RM 100 sehari sehingga maksimum 14 hari.
  •    Bayaran adalah secara One-off.
  •    Tertakluk kepada sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian bagi kontak Covid-19
  •    Menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk             merawat Covid-19.

CARA MEMOHON

 
1) Pemohon perlu sediakan atau sertakan dokumen wajib seperti berikut :
  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  • Surat Perintah Kuarantin COVID-19 atau Discharge Note / Medical Certificate dari hospital bagi pesakit yang dirawat kerana COVID-19
  • Salinan muka depan penyata bank atau buku akaun bank yang masih aktif
2) Seterusnya, anda perlu muat turun dan lengkapkan dokumen berikut :
Borang permohonan Bantuan Khas Covid-19 (Lampiran A)
Borang akuan kehilangan pendapatan (LAMPIRAN B)
3) Hantar permohonan lengkap kepada
  • Whatsapp 011-1321 8056 (hanya untuk penghantaran dokumen sahaja, pertanyaan tidak dibenarkan)
atau
  • email ke bkcovid19@nadma.gov.my
atau
  • Pos kepada

Alamat :

Ketua Pengarah
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 
62502 Putrajaya
(u.p. : Sekretariat KWABBN : Bantuan Khas COVID-19)
 
CARA BAYARAN
 
Bayaran Bantuan Khas Covid-19 akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.
MAKLUMAT LANJUT 
 
Sebarang maklumat lanjut, boleh terus rujuk portal rasmi NADMA Bantuan Khas Covid-19