Empat Orang Dalam 1 Kereta Di Benarkan Mulai Esok, Tapi Sekeluarga Dan Serumah
Menerusi sidang media harian yang disampaikan oleh Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri hari ini memaklumkan bahawa kenderaan persendirian dibolehkan maksimum untuk membawa empat orang penumpang sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata isu penjarakan sosial tidak timbul dalam kalangan keluarga yang tinggal serumah, justeru tiada masalah mereka menaiki kenderaan persendirian bersama.