Duit KWSP, Duit Rakyat, Tidak Perlu Letak Syarat ! Setuju ?

Selepas pengemuman kwsp mengenai syarat pengeluaran akaun 1 KWSP iaitu :

KATEGORI 1

  • ahli yang bekerja di sektor formal
  • bekerja sendiri
  • bekerja di dalam sektor ekonomi gig
  • ahli yang sudah lama tidak mencarum
  • hilang pekerjaan
  • suri rumah
  • diberi notis tanpa gaji

Kriteria bagi Kategori 1 adalah seperti berikut:

Ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan; ATAU
Ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas selepas Mac 2020.

KATEGORI 2

Kategori ini adalah bagi ahli yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan keatas (termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas Mac 2020, yang mana pengurangan tersebut hanya boleh dikenalpasti melalui dokumen yang diberikan.

Kedua-dua kategori ini dilihat seolah-olah menidakkan HAK rakyat untuk melakukan pengeluaran dari Akaun 1 mereka sendiri.

Kategori yang tersebut masih ketat untuk pencarum mengeluarkan duit mereka daripada akaun 1 KWSP.

Apa yang rakyat nak adalah tanpa syarat dan dipercepatkan bayaran bukan perlu tunggu berbulan.

Terpulang kepada pencarum nak buat apa dengan duit tersebut kerana itu hak mereka.

Apa yang pasti adalah mereka sangat memerlukan duit untuk menampung komitmen yang sedia ada kerana kebanyakkan dari mereka adalah terjejas pendapatan selepas berlakunya pandemik covid 19 yang melanda di negara ini.

Kerajaan perlu kaji semula syarat-syarat tersebut.