Projek Pendigitalan Penyiaran Nasional adalah sebahagian daripada agenda nasional untuk mentransformasikan industri penyiaran negara menerusi pendigitalan dengan sasaran untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat ke arah status negara maju menjelang 2020.
Projek DTT (Televisyen Terestrial Digital) adalah di bawah naungan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan diselia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Ia merupakan satu inisiatif Kerajaan untuk menyediakan khidmat penyiaran TV dan radio terbaik untuk rakyat. Pembaharuan ini memberikan semua siaran yang lebih jelas tanpa sebarang bayaran bulanan.
Bagi Isi rumah B40 dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang belum menerima set dekoder myFreeview percuma, sila daftar minat dengan mengemaskini maklumat anda selewat-lewatnya 30 April 2020.
- TV1 (HD)
- TV2 (HD)
- TV Okey
- RTM Sports HD
- RTM Bes HD
- TV3 (HD)
- CJ Wow Shop (Melayu)
- CJ Wow Shop (Cina)
- NTV7
- 8TV
- TV9
- TV Al-Hijrah (HD)
- Bernama News Channel
- Nasional FM
- Traxx FM
- Minnal FM
- Ai FM
- Klasik FM
- Asyik FM
Nak
knp xdpt..sdngkan sy bwh b40