Daftar Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Sebelum Hujung Bulan Januari 2021- Belanjawan 2021

Dalam pembentangan belanjawan 2021 pada 6 November 2021 oleh Tengku Zafrul iaitu Menteri Kewangan telah mengumumkan Bantuan Sara Hidup (BSH) digantikan kepada Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dengan kadar bantuan dan kategori pendapatan yang lebih baik.

 

4 Kategori akan terima manfaat :
  1. RM1,200 kepada pendapatan isi rumah kurang RM2,500 dan mempunyai seorang anak. RM1,800 kepada yang ada dua anak atau lebih.
  2. RM800 kepada pendapatan isi rumah RM2,501-RM4,000 dan ada seorang anak. RM1,200 kepada yang ada dua anak atau lebih.
  3. RM500 kepada isu rumah pendapatan RM4,001 hingga RM5,000 dan ada seorang anak. RM750 kepada dua anak atau lebih.
  4. RM350 kepada bujang pendapatan RM2,500 ke bawah dan had umur diturunkan kepada 21 tahun.

9/11/2020 – Kuala Lumpur : Pengarah Belanjawan Negara iaitu Johan Mahmood Merican berkata bahawa pendaftaran baharu Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan dibuka sebelum hujung bulan Januari 2021.Ini bagi memberi masa dan peluang kepada mereka yang layak tetapi belum membuat pendaftaran untuk memohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Johan juga berkata, bayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan dibuat dua kali iaitu pertama pada sebelum Hari Raya 2021.
RM 6.5 bilion yang diperuntukan untuk Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dalam belanjawan 2021 akan memberi manfaat kepada 8.1 juta orang berbanding Bantuan Sara Hidup (BSH) hanya diperuntukan RM 5 bilion dan hanya bermanfaat 4.3 juta rakyat Malaysia.