Umum mengetahui, permohonan Bantuan Prihatin Rakyat telah dibuka pada 15 Januari sehingga 15 Februari 2021 bagi menggantikan Bantuan Sara Hidup.
Artikel berkaitan : Cara Permohonan dan Kemaskini BPR
Namun, masih ramai yang tidak mengetahui samada nama mereka telah berjaya dimasukkan ke dalam sistem atau belum.
Oleh itu, kami ingin menunjukkan kepada anda bagaimana cara semak nama anda ada didalam sistem atau belum.
Sebelum mengikuti langkah berikut, pastikan anda log masuk terlebih dahulu.
Artikel berkaitan : Cara Daftar Akaun BPR
Langkah pertama, tekan Peti Mel dibahagian profil anda
Langkah kedua, tekan perkataan SURAT (pastikan Browser anda dalam Mode Dekstop View)
Seterusnya, tekan Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat 2021
Kemudian, maklumat seperti dibawah akan keluar, bermakna permohonan anda telah diterima seperti dalam gambar
Sila rujuk portal rasmi https://bpr.hasil.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai permohonan anda.
Berminat dapatkan info menarik? Join grup telegram kami.