Cara Mudah Pengeluaran Duit ASB Tanpa Perlu Ke Bank

Sebelum ini, setiap pemegang unit samada Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham Nasional, Amanah Saham Wawasan 2020 atau lain-lain perlu beratur di Pejabat Pos, bank serta kios Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) untuk mengeluarkan wang di akaun masing-masing.

Mulai 20 April 2020 yang lalu, pemegang unit ASB dibenarkan membuat pengeluaran wang ASB secara online dari akaun sendiri.

Baca juga : [RASMI] Syarat Baru Dan Cara Permohonan Pengeluaran Akaun 1 KWSP RM10,000 One-Off

Cara ini adalah bagi memudahkan pemilik akaun untuk membuat transaksi pengeluaran secara dalam talian diengan hanya perlu masuk ke portal rasmi myASNB.

Had maksimum pengeluaran yang dibenarkan hanyalah sebanyak RM500 sebulan sahaja manakala jumlah minimum untuk sekali pengeluaran ialah RM100. Hanya 3 transaksi dibenarkan dalam masa sebulan sekiranya belum mencapai had maksimum pengeluaran sebulan.

Masa pengeluaran hendaklah mengikuti ketetapan yang diberikan oleh ASNB bagi setiap transaksi.

Masa yang dibenarkan untuk membuat transaksi adalah seperti berikut :

  • Unit Amanah Harga Tetap : 7 pagi – 6 petang (Isnin hingga Ahad*)
  • Unit Amanah Harga Berubah : 7 pagi -4 petang (Isnin – Ahad*)
    * kecuali cuti umum

Setiap transaksi akan dimasukkan ke dalam akaun bank pada hari berikutnya.

LANGKAH-LANGKAH TRANSAKSI WANG
  • Klik laman web rasmi www.myasnb.com.my
  • Klik Log Masuk di bahagian kanan atas
  • Di bahagian Log Masuk Pengguna, masukkan ID Pengguna
  • Setelah berjaya Log Masuk, klik menu Portfolio
  • Akan terpapar No Ahli dan senarai Jenis Unit Amanah yang anda langgan
  • Di hujung sebelah kanan unit amanah, iaitu Amanah Saham Bumiputera, ada butang Transaksi
  • Klik butang Transaksi
  • Pilih Jualan Balik
  • Kini anda berada di bahagian 1, iaitu Pengisytiharan
  • Sila baca, fahami dan mengakui penafian pelaburan berikut dan kriteria minimum sebelum meneruskan transaksi.
  • Tick di bahagian Saya telah membaca, memahami dan bersetuju dengan kenyataan Terma & Syarat, Penafian Pelaburan, Kriteria Minimum untuk Urus Niaga, termasuk semua notis dalam semua perkara di atas.
  • Kini anda berada di bahagian 2, iaitu Jualan Balik
  • Maklumat ini akan terpapar secara automatik:
  • Sila masukkan amaun duit ASB yang ingin dikeluarkan
  • Tick di bahagian Saya mengesahkan maklumat diatas yang diberikan adalah tepat
  • Akan keluar satu popup yang menyatakan Jualan Balik anda akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda yang didaftarkan dengan ASNB dalam tempoh satu (1) hari bekerja.
  • Jika bersetuju, klik Teruskan
  • Kini anda berada di bahagian 3, iaitu Pengesahan
  • Klik Permintaan TAC
  • Masukkan nombor TAC yang diterima dalam bentuk SMS pada nombor telefon yang didaftarkan
  • Klik Seterusnya
  • Transaksi untuk keluarkan duit ASB secara online kini sudah berjaya
  • Sila semak akaun bank anda untuk mengesahkan duit ASB sudah masuk
Maklumat Tambahan

Sebagai pemegang unit, anda boleh mengeluarkan wang ASB anda secara percuma.

Semua unit Amanah boleh dikeluarkan, kecuali ASN Equity 5 dan ASN Sara 2.

Jika anda belum mendaftar sebagai pengguna myASNB, tidak boleh menggunakan perkhidmatan ini. Anda perlu mendaftar sebagai pengguna myASNB terlebih dahulu di portal myASNB di www.myASNB.com.my.

Sebelum mendaftar, pemegang unit yang belum mengemaskini nombor telefon, perlu berbuat demikian terlebih dahulu di mana-mana cawangan atau ejen ASNB. Sila bawa bersama kad pengenalan anda untuk tujuan pengesahan diri.