CARA MUDAH BUKA AKAUN AMANAH SAHAM BERHAD (ASB)

Sebelum ini, anda mungkin hanya menyimpan duit di bank, Tabung Haji atau menyimpan wang mengikut cara sendiri tanpa mendapatkan pulangan dan dividen. Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi kepada anda cara menyimpan wang dengan betul serta mendapat pulangan iaitu dengan membuka akaun ASB.

uga boleh buka akaun ASB di Pejabat Pos, kaunter bank terpilih seperti Maybank dan CIMB, serta tidak lupa, menggunakan MyASNB online.

MENGENAI PELABURAN ASB

Amanah Saham Bumiputera atau ASB merupakan salah satu instrumen pelaburan yang terbaik di dalam Malaysia. Amanah Saham Bumiputera atau ASB merupakan sebuah unit amanah yang dikendalikan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).

ASB merupakan satu unit amanah yang dikhususkan untuk bumiputera sahaja. Untuk golongan bukan bumiputera, anda tidak dibenarkan untuk menyertai unit amanah ini, tetapi anda boleh memilih produk-produk ASNB yang lain. Jika anda berpuas hati dengan dividen sebanyak 8% setahun, Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah tempat terbaik untuk anda melabur

PORTAL myASNB

Fungsi portal myASNB hanyalah terhad kepada pemeriksaan baki akaun ASB anda, ataupun untuk membuat transaksi lain seperti menambah duit pelaburan.

Secara ringkasnya, anda perlu membuka akaun ASB terlebih dahulu di cawangan ASNB, Pejabat Pos atau mana-mana bank terpilih sebelum mendaftar akaun di portal myASNB.

KAEDAH MEMBUKA AKAUN

#1 Kaunter ASNB

Pertama sekali, anda perlu mengunjungi mana-mana cawangan ASNB untuk mendapatkan Borang Pendaftaran (ASNB DF) untuk diisi. Kemudian bawa borang ini ke mana-mana cawangan ASNB atau ejen-ejen ASNB yang sah. Keperluan seperti berikut wajib diserta :

  1. Kad pengenalan beserta salinan
  2. Salinan borang ASNB DF
  3. Jumlah wang yang anda ingin laburkan sebagai permulaan, mengikut tabung unit amanah yang anda pilih. Untuk setiap tabung unit amanah, pelaburan permulaan adalah sebanyak RM10 sahaja.

Kemudian, semasa berada di mana-mana cawangan ASNB atau ejen-ejen ASNB, ambil nombor giliran anda, dan apabila tiba giliran anda, serahkan borang tersebut, salinan kad pengenalan serta wang pelaburan pendahuluan. Wang tersebut akan dideposit dan proses pembukaan akaun ASB anda selesai.

Had pelaburan adalah sebanyak RM200,000 sahaja, bersamaan dengan 200,000 unit. Perkara di atas adalah sekiranya anda ingin membuka akaun ASB anda, iaitu Akaun Dewasa bagi anda yang berumur 18 tahun dan ke atas. Bagi anda yang ingin melabur untuk anak anda yang berumur kurang daripada 18 tahun, anda perlu membuka Akaun Remaja/Bijak. Cara untuk mendaftar akaun Remaja/Bijak adalah seperti berikut :

  1. Dapatkan Borang Pendaftaran (ASNB DF) di mana-mana cawangan ASNB ataupun ejen ASNB yang sah. Isi borang tersebut, kemudian buat salinan
  2. Sertakan kad pengenalan atau sijil kelahiran pemohon yang juga adalah anak anda beserta dengan salinan.
  3. Sertakan juga kad pengenalan asli dan salinan ibu/bapa pemohon sebagai Penjaga Berdaftar.
  4. Bawa wang tunai untuk pelaburan permulaan, mengikut tabung unit amanah yang anda pilih.
  5. Ambil nombor giliran, kemudian serahkan borang, salinan kad pengenalan/sijil kelahiran pemohon (anak anda) serta salinan kad pengenalan anda ke kaunter.
  6. Lakukan deposit wang tunai pada akaun, dan proses pembukaan akaun ASB untuk anak anda selesai.

Anda juga boleh mendapatkan borang ini secara online di laman web http://www.asnb.com.my/asnbv2_3services.php#pendaftaran.

#2 Buka akaun ASB di Pejabat Pos

Pejabat pos di Malaysia merupakan salah satu ejen yang sah kepada ASNB. Oleh itu, anda juga boleh membuka akaun dan mendapatkan Borang Pendaftaran (ASNB DF) di mana-mana pejabat pos di seluruh Malaysia.

Setelah mendapatkan Borang Pendaftaran ini, lakukan langkah-langkah berikut untuk buka akaun ASB anda :

  1. Isi Borang Pendaftaran (ASNB DF) tersebut. Kemudian, buat salinan setiap helaian borang ini, dan juga salinan kad pengenalan anda. 
  2. Bawa borang ini ke mana-mana pejabat pos yang berdekatan. Bawa sekali kad pengenalan anda.
  3. Bawa jumlah wang yang anda ingin laburkan sebagai permulaan, mengikut tabung unit amanah yang anda pilih. Untuk setiap tabung unit amanah, pelaburan permulaan adalah sebanyak RM10 sahaja. Had pelaburan adalah sebanyak RM200,000 sahaja, bersamaan dengan 200,000 unit.
  4. Ambil nombor giliran anda, dan serahkan borang tersebut, salinan kad pengenalan serta wang pelaburan pendahuluan ke kaunter.
  5. Wang tersebut akan dideposit dan proses pembukaan akaun ASB anda selesai.

Perkara di atas adalah sekiranya anda ingin membuka akaun ASB anda, iaitu Akaun Dewasa bagi anda yang berumur 18 tahun dan ke atas.

Bagi anda yang ingin melabur untuk anak anda yang berumur kurang daripada 18 tahun, anda perlu membuka Akaun Remaja/Bijak.

Cara untuk buka akaun ASB Remaja/Bijak pula adalah seperti di bawah:

  1. Dapatkan Borang Pendaftaran (ASNB DF) di mana-mana cawangan pejabat pos berdekatan anda. Isi borang tersebut, kemudian buat salinan
  2. Sertakan kad pengenalan atau sijil kelahiran pemohon yang juga adalah anak anda beserta dengan salinan.
  3. Sertakan juga kad pengenalan asli dan salinan ibu/bapa pemohon sebagai Penjaga Berdaftar.
  4. Bawa wang tunai untuk pelaburan permulaan, mengikut tabung unit amanah yang anda pilih.
  5. Ambil nombor giliran, kemudian serahkan borang, salinan kad pengenalan/sijil kelahiran pemohon (anak anda) serta salinan kad pengenalan anda ke kaunter.
  6. Lakukan deposit wang tunai pada akaun, dan proses pembukaan akaun ASB untuk anak anda selesai.

#3 Daftar ASB, Buka akaun ASB di bank

Anda juga boleh mendapatkan borang ASNB DF di mana-mana bank terpilih yang ada di Malaysia.

Bank-bank berikut juga merupakan ejen yang sah kepada ASNB :

  1. Maybank
  2. Maybank Islamic
  3. Bank Islam
  4. Hong Leong Bank
  5. Hong Leong Islamic Bank
  6. Affin Bank
  7. Affin Islamic Bank
  8. CIMB Bank
  9. CIMB Islamic
  10. RHB
  11. RHB Islamic Bank
  12. Alliance Bank
  13. Alliance Islamic
  14. Bank Muamalat

Cara mendaftar di mana-mana bank adalah sama. Ikuti cara berikut :

  1. Pergi ke mana-mana bank yang berdaftar sebagai ejen ASNB seperti yang terkandung dalam senarai di atas dan dapatkan Borang Pendaftaran ASNB DF. Kemudian isi dan buat salinan borang tersebut serta salinan untuk kad pengenalan anda.
  2. Anda akan diberi pilihan daripada pihak bank untuk melabur menggunakan simpanan anda sendiri, ataupun membuat pinjaman daripada bank tersebut untuk membuat pelaburan, dengan syarat terdapat pembayaran yang perlu dibuat secara bulanan sekiranya anda memilih untuk membuat pinjaman.
  3. Bawa borang ini ke mana-mana bank yang berdekatan. Bawa sekali kad pengenalan anda.
  4. Bawa jumlah wang yang anda ingin laburkan sebagai permulaan, mengikut tabung unit amanah yang anda pilih. Untuk setiap tabung unit amanah, pelaburan permulaan adalah sebanyak RM10 sahaja. Had pelaburan adalah sebanyak RM200,000 sahaja, bersamaan dengan 200,000 unit.
  5. Ambil nombor giliran anda, dan serahkan borang tersebut, salinan kad pengenalan serta wang pelaburan pendahuluan ke kaunter.
  6. Wang tersebut akan dideposit dan proses pembukaan akaun ASB anda selesai.

Perkara di atas adalah sekiranya anda ingin membuka akaun ASB anda, iaitu Akaun Dewasa bagi anda yang berumur 18 tahun dan ke atas.

Bagi anda yang ingin melabur untuk anak anda yang berumur kurang daripada 18 tahun, anda perlu membuka Akaun Remaja/Bijak.

Cara untuk buka akaun ASB Remaja/Bijak pula adalah seperti di bawah:

  1. Dapatkan Borang Pendaftaran (ASNB DF) di mana-mana bank seperti dalam senarai diatas. Isi borang tersebut, kemudian buat salinan
  2. Sertakan kad pengenalan atau sijil kelahiran pemohon yang juga adalah anak anda beserta dengan salinan.
  3. Sertakan juga kad pengenalan asli dan salinan ibu/bapa pemohon sebagai Penjaga Berdaftar.
  4. Bawa wang tunai untuk pelaburan permulaan, mengikut tabung unit amanah yang anda pilih.
  5. Ambil nombor giliran, kemudian serahkan borang, salinan kad pengenalan/sijil kelahiran pemohon (anak anda) serta salinan kad pengenalan anda ke kaunter.
  6. Lakukan deposit wang tunai pada akaun, dan proses pembukaan akaun ASB untuk anak anda selesai.

Kesimpulannya, ASB mempunyai tahap risiko yang rendah dan masih relevan sebagai instrumen pelaburan antara yang terbaik di Malaysia.

Cara buka akaun ASB sudah ada. Kini, terpulang pada anda untuk melabur.

Bagi anda yang belum mempunyai akaun ASB, disarankan anda membukanya demi masa depan anda dan anak-anak anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *