Cara Mudah Bayar Zakat Melalui MAYBANK2U

Menunaikan zakat adalah merupakan Rukun Islam keempat yang telah diwajibkan kepada setiap orang Muslim yang telah mencapai nisab dalam hartanya dengan syarat-syarat tertentu.

Terdapat dua jenis kategori zakat iaitu Zakat Fitrah dan Zakat Harta. Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan, yang dilakukan pada bulan Ramadhan.

Baca juga, HUTANG KERETA @ RUMAH DULU ? – Baca Tips Tersebut

Manakala Zakat Harta merupakan zakat yang dikenakan keatas harta pemilik. Contohnya:

    • Zakat Pendapatan
    • Zakat Perniagaan
    • Zakat Wang Simpanan
    • Zakat Emas/Perak
    • Zakat Saham
    • Zakat KWSP
    • Zakat Pertanian
    • Zakat Penternakan



Bagi penerima i-SINAR KWSP, anda juga boleh membayar zakat simpanan mengikut jumlah yang diperolehi. Namun, menurut fatwa institusi zakat dan Jawatankuasa Syariah KWSP, ianya diberi pengecualian di masa penularan wabak COVID-19 ini.

Anda boleh rujuk laman PPZ MAIWP  bagi mengira zakat yang perlu anda bayar berdasarkan pendapatan/simpanan dan lain-lain jenis zakat.

Soalan: Adakah sah hukumnya sekiranya membayar zakat secara online?

Jawapan: Hukumnya adalah harus dan sah pembayarannya melalui online.

Sumber : Mufti Selangor

Baca juga, Cara membuat rayuan haji melalui aplikasi THiJARI

Kali ini, kami akan menunjukkan contoh bagaimana untuk membayar zakat simpanan menggunakan Dekstop. Cara ini juga boleh digunakan melalui aplikasi Maybank2u. Ikuti langkah berikut :

# 1 Log in ke akaun Maybank2u 

login maybank2u

# 2 Pilih PAY & TRANSFER di ruangan atas kanan

tekan pay & transfer



# 3 Klik New Payment dan pilih Pusat Zakat mengikut negeri anda

New payment

# 4 Masukkan jumlah zakat, nombor telefon anda dan pilih jenis zakat. Kemudian tekan PAY

tekan pay

# 5 Pilih SMS TAC dan klik REQUEST untuk dapatkan Nombor TAC yang dihantar ke nombor telefon anda. Seterusnya klik confirm.

sms tac & request

 

Semudah 5 langkah sahaja, anda dah berjaya menunaikan tanggungjawab anda untuk membayar zakat.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda.

Jangan lupa like dan share artikel ini. Terima kasih!