Telefon pintar percuma B40 ditawarkan oleh Yayasan YTL dengan kerjasama YTL Communications kepada para pelajar sekolah kerajaan dari keluarga B40 yang tidak mempunyai peranti mudah alih atau telefon pintar bagi sesi pembelajaran di bawah.
Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai cara-cara membuat permohonan telefon pintar tersebut, sila ikuti perkongsian di bawah. Nak tonton tv pendidikan pun lebih mudah jikalau anda berjaya dapat bantuan hebat ini.
Pada 7 April 2020 yang lalu, Yayasan YTL Foundation telah membuat pengumuman bahawa pelajar sekolah rendah atau menengah yang memenuhi kriteria adalah layak menerima bantuan telefon pintar percuma. Program anjuran Yayasan YTL Foundation ini merupakan program Inisiatif Belajar dari Rumah atau juga dikenali sebagai Learn from Home Initiative. Telefon pintar percuma ini diberikan bersama kad SIM YES 4G bersama 120GB data.
Cara Memohon Telefon Pintar Percuma B40
Setiap permohonan perlu dibuat melalui guru sekolah sebagai wakil pelajar dengan memberikan maklumat seperti berikut :
- Nama Pelajar
- Nombor Kad Pengenalan Pelajar
- Nombor kad pengenalan Guru
- Nama dan Nombor Kad Pengenalan Ibubapa
Kemudian anda perlu isi borang secara online di sini https://appform.prod.frogdev.asia/. Anda boleh juga dapatkan maklumat murid keluarga B40 yang lain betul-betul memerlukan dengan cara yang sama.
Sekiranya berjaya, ibubapa yang dicalonkan akan menerima e-mel dengan pautan untuk mendaftar. Mereka sekali lagi perlu sediakan :
- Salinan MyKad/MyKid murid
- Salinan MyKad ibubapa
Akhir sekali, jika berjaya barulah pihak YTL Foundation akan menghantar telefon percuma tersebut kepada ibubapa dan anak-anak boleh mula belajar di rumah.
Syarat Kelayakan
Permohonan mencalonkan nama pelajar mestilah dibuat melalui guru sekolah dengan syarat guru tersebut mestilah memenuhi kriteria seperti berikut :
- Guru tersebut mestilah sedang berkhidmat di sekolah rendah atau sekolah menengah
- Calon pelajar sedang bersekolah di sekolah yang sama dengan guru yang mencalonkan nama
- Pelajar berasal dari golongan keluarga B40
Sebelum mencalonkan murid, sila pastikan murid adalah daripada keluarga B40:
Dapatkan kebenaran daripada ibubapa murid yang hendak dicalonkan dan kumpulkan maklumat berikut:
- Nombor MyKid/MyKad murid
- Nombor MyKad Ibubapa
- Status B40 ibubapa daripada portal Bantuan Prihatin Nasional (BPN)
Untuk mendapatkan status B40 ibubapa, sila pergi ke https://bpn.hasil.gov.my/, masukkan nombor kad pengenalan ibubapa, kemudian klik ‘Semak’.
Untuk mengesahkan bahawa murid tergolong dalam keluarga B40, status penerimaan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) ibubapa haruslah tertera sebagai LULUS dengan jumlah bantuan bernilai RM1,600.
Setiap pencalonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui SMS dan emel kepada ibubapa pelajar dan guru.
Baca juga artikel lain dari portal kami :
1. PERMOHONAN BANTUAN ELAUN KEHILANGAN PEKERJAAN (PERKESO)
Semakan Permohonan
Semakan untuk telefon bimbit percuma telah dibuka , orang ramai yang telah membuat permohonan boleh membuat semakan di
Sebarang maklumat lanjut boleh didapati melalui laman web https://ytlfoundation.org/belajardarirumah-faq/