Skim bantuan PERMAI 2021 telah melancarkan program bakul makanan RM100 untuk setiap bakul melalui JKM.
Selepas pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan PKP dan PKPB 2.0, kerajaan telah melaksana beberapa inisiatif untuk membantu rakyat Malaysia yang tekersan dengan pandemik covid 19 ini antara nya skim bantuan Permai 2021.
Oleh itu Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak ketinggalan untuk membantuan mereka yang terkesan disebabkan PKP dan PKPB 2.0.
Program Bakul Makanan ini untuk mereka yang kurang berkemampuan.
Objektif Pemberian Bantuan
- Keperluan asas diberikan kepada anda dengan harapan dapat meringankan beban penerima bantuan yang berkelayakan
- Sebagai salah satu cara sokongan sosial oleh kerajaan Malaysia melalui agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM
- Sebagai bantuan sementara supaya kadar kelangsungan hidup dan kesejahteraan rakyat dapat dibantu.
Oleh itu, Cara mohon Program Bakul Makanan :
Program Bakul Makanan JKM bernilai RM100 untuk setiap bakul yang diberikan kepada isi rumah yang layak adalah mengandungi semua barang keperluan harian yang disalurkan oleh Jabatan Kebajikan Malaysia.
1. Permohonan Program Bakul Makanan JKM Secara Online
- Pergi Laman sesawang rasmi Jabatan Kemajuan Masyarakat, boleh dibuka pada telefon pintar atau laptop anda.
- Setelah itu, cari borang permohonan Program Bakul Makanan harus dicari ataupun tekan link tersebut : Borang Program Bakul Makanan RM 100
- Borang tersebut perlulah diisi dengan lengkap memasukkan semua maklumat peribadi anda yang diperlukan .
- Kemudian, borang tersebut dihantar kepada e-mel ibu pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat.
- Lebih kurang 30 hari masa yang akan diambil untuk permohonan anda diproses oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat.
- Setelah itu, pemohonan Program Bakul Makanan JKM anda sudah selesai.
2. Permohonan Program Bakul Makanan JKM Secara Off Line
- Anda boleh terus ke cawangan JKM yang terdekat dengan anda.
- Anda boleh call Pusat Talian Gerakan JKM untuk Memohon Program Bantuan Bakul Makanan.
- Anda Sediakan dokumen yang diperlukan oleh JKM.
Senarai Cawangan JKM : https://www.jkm.gov.my/