Cara Mohon Laptop dan Internet Percuma Untuk Golongan B40

Disebabkan kes COVID-19 masih banyak yang terkena dan memberi kesan kepada semua rakyat malaysia termasuklah pelajar IPTA dan IPTS.

Oleh itu mereka tidak dapat meneruskan pengajian di Universiti dan terpaksa untuk meneruskan pembelajaran daripada rumah secara online.



Oleh yang demikian, Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato’ Dr. Noraini Ahmad sangat prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh pelajar IPTA dan IPTS.

Baca juga, Cara Mohon Bantuan Kanak-Kanak Sehingga RM 1000 Sebulan 2021

Beliau telah mengumumkan 1 bentuk bantuan atau inisiatif kepada mereka iaitu laptop dan internet percuma bagi pelajar B40 pada 30 Oktober lepas.

Dengan adanya bantuan yang diberikan ini kepada mereka, pelajar dapat meneruskan sesi pembelajaran di rumah dengan selesa dan sempurna.

Cara Mohon Bantuan Laptop dan Internet Percuma B40

Untuk bantuan ini, pelajar tidak perlu membuat permohonan kerana Pihak HEP IPTA / IPTS akan menghubungi mereka yang layak untuk mendapatkan inisiatif atau bantuan. Selain itu pelajar juga boleh terus menghubungi pihak HEP untuk menyemak kelayakan masing-masing.

Bagi yang layak, berikut adalah bantuan yang akan diterima oleh pelajar:

  1. Komputer riba percuma
  2. Pemberian Wang Tunai
  3. Pinjaman Laptop Sepanjang Pengajian
  4. Bantuan pinjaman kewangan istimewa bagi pelajar memperolehi laptop

Pelajar-pelajar telah pun mula menerima secara beperingkat bermula November 2020 lalu.

Cara Mohon Tawaran Istimewa Pakej Laptop Untuk Pelajar

Untuk menikmati bantuan harga laptop khas untuk pelajar IPTA / IPTS ini, anda hanya perlu membuat pembelian terus secara online di kedai rasmi tersebut melalui link tersebut:

  1. ACER –https://store.acer.com/en-my/promotion/students
  2. SAMSUNG – https://shop.samsung.com/my/samsung-education-store
  3. APPLE – https://www.apple.com/my/education/higher-education



Cara Mohon Pakej Pelan Data Pelajar

Untuk menikmati bantuan harga istimewa bagi pelan data, pelajar boleh terus ke kedai telco Celcom, Maxis atau Digi berhampiran dengannya dan mengemukakan

  1. Kad Pengenalan
  2. Kad ID pelajar.

 

Berminat dapatkan info menarik terus ke telefon anda? Join grup Telegram kami.