Cara Mohon Bantuan Warga Emas JKM 2021 – RM500 Sebulan

Bantuan Warga Emas adalah perkhidmatan bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat yang disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna.

Dalam Belanjawan 2021, Menteri Kewangan Dato’ Sri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz telah mengumumkan Bantuan Warga Emas atau Bantuan Kebajikan Orang Tua dinaikkan daripada RM350 yang diberikan sebelum ini.

Ini bermakna, pada tahun 2021, orang tua atau warga emas yang layak dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menerima bantuan bulanan sebanyak RM500 seorang.



Baca juga, Cara Mohon Bantuan Khas COVID-19 — RM100 Sehari
Baca juga, Cara Mohon Bantuan Kanak-kanak JKM RM200, Maksimum RM1,000

Objektif Pemberian Bantuan

  • Memenuhi keperluan asas (basic needs) bagi meringankan beban penerima bantuan
  • Alat sokongan sosial (social support tools) untuk menilai kemampuan penerima bantuan ke arah berdikari dan mengurangkan kebergantungan kepada bantuan
  • Alat pemulihan (rehabilitation tools) agar penerima bantuan terus kekal tinggal bersama komuniti/masyarakat.
  • Sumber kewangan sementara penerima bantuan meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup

Tujuan

Bantuan ini diberikan kepada warga emas untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Syarat Kelayakan

Orang tua atau warga emas yang ingin memohon bantuan tersebut perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut:

  1. Pemohon ialah warganegara dan bermastautin di Malaysia.
  2. Orang tua atau warga emas berumur 60 tahun dan ke atas.
  3. Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata  Miskin Per Kapita Semasa; dan
  4. Warga emas yang bukan tinggal di:
    i) Institusi kendalian JKM; atau
    ii) Pusat jagaan harian/berkediaman yang memberi kemudahan/ perkhidmatan secara percuma; atau
  5. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.



Cara Memohon Bantuan Warga Emas

Untuk memohon bantuan ini, pemohon perlu mendaftar melalui atas talian iaitu:

  1. Layari laman web http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_Panduan.jsp.
  2. Klik pada butang ‘Daftar Permohonan’.
  3. Masukkan negeri tempat tinggal dan no kad pengenalan.
  4. Setelah selesai, klik butang ‘Daftar’.
  5. Sila hadir ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berhampiran dalam masa 14 hari. Senarai direktori pejabat boleh dirujuk melalui link http://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/directory&id=UzlRTjkxUVFUa2Q5a0hFVm1UQXZuUT0.
  6. Bawa bersama dokumen yang diperlukan.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen-dokumen yang perlu dibawa ketika berkunjung ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan diri pemohon.
  2. Salinan kad pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama.
  3. Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama
  4. Salinan penyata gaji (jika ada)
  5. Lain-lain dokumen yang berkaitan.

Maklumat & Pertanyaan Lanjut

Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut, sila hubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat di alamat:

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya

No Tel: 03-8000 8000