Tarikh tutup bantuan khas ini adalah pada 31 Disember 2020. Hanya permohonan lengkap yang diterima NADMA selewat-lewatnya pada 31 Januari 2021 layak untuk dipertimbangkan.
Baca juga, Cara Mohon Bantuan Kanak-kanak JKM RM200, Maksimum RM1,000
Baca juga, i-SINAR: Petisyen dan Surat Terbuka Kepada KWSP
- Warganegara Malaysia yang bekerja di Malaysia tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Tarikh perintah bermula tidak melebihi 31 Disember 2020.
- Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19. Tarikh rawatan di wad bermula tidak melebihi 31 Disember 2020.
- Muat turun dokumen-dokumen di laman web http://www.nadma.gov.my
- Borang Permohonan Bantuan Khas Covid19 (Lampiran A)
- Borang Akuan Kehilangan Pendapatan (Lampiran B
- Surat Perwakilan Kuasa Kepada Waris (Lampiran C) *jika tiada akaun bank
- Permohonan lengkap dihantar melalui pos ke NADMA di alamat:-
Ketua Pengarah
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p. : Sekretariat KWABBN)
- Borang Permohonan Bantuan Khas Covid19 seperti di Lampiran A. (Dokumen Asal)
- Salinan kad pengenalan. (Salinan Diakui Sah)
- Dokumen KKM (Salinan Diakui Sah):
- Bagi pemohon yang di bawah perintah Pengawasan dan Pemerhatian
- Salinan Borang Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang telah disahkan oleh KKM; dan
- Salinan Borang pelepasan dari menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah kediaman bagi kontak jangkitan Covid-19 di bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342);
- Bagi pemohon yang menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh KKM untuk merawat Covid-19 (warded)
- Sijil Cuti Sakit yang dikeluarkan oleh Hospital yang dibenarkan oleh KKM untuk merawat Covid-19.
- Bagi pemohon yang di bawah perintah Pengawasan dan Pemerhatian
- Borang Akuan Kehilangan Pendapatan seperti di Lampiran B. (Dokumen Asal)
- Salinan penyata bank / muka depan buku akaun.** (Salinan Diakui Sah)
** sekiranya pemohon tidak mempunyai akaun bank, pemohon boleh memberikan salinan penyata bank / muka depan buku akaun bank waris bersama-sama dengan surat perwakilan kuasa kepada waris seperti di Lampiran C serta salinan kad pengenalan waris yang diakui sah.
RM100 sehari sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat Covid-19 (warded). Bantuan khas ini hanya akan diberikan sekali sahaja (one-off) dalam tempoh penularan jangkitan Covid-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.