Bantuan Khas Covid-19 (BKC) merupakan bantuan yang diumumkan oleh bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pada bulan Jun lalu.
Bantuan ini diberikan berikutan pandemik Covid-19 yang semakin hari semakin meningkat pada waktu ini.
CARA MOHON BANTUAN KHAS COVID-19 (BKC)
Berikut adalah maklumat berkenaan dengan cara membuat permohonan BKC:
- Tiada permohonan diperlukan
- Pengesahan penerima BKC akan dilakukan melalui semakan silang pangkalan data BPR dan LHDNM
Maklumat tambahan mengenai pengesahan penerima Bantuan Khas Covid-19 (BKC), sila rujuk maklumat di bawah :
- Jika anda kategori Miskin Tegar dan B40 : Data pengesahan akan melalui permohonan BPR 2021.
- Tetapi, jika anda merupakan kategori M40 : Data pengesahan akan melalui rekod percukaian LHDNM.
PERMOHONAN RAYUAN BANTUAN KHAS COVID-19 (BKC)
Untuk setakat ini, tiada pemakluman terbaru ang dikeluarkan berkenaan permohonan rayuan BKC bagi sesiapa yang tidak menerima BKC. Hal ini demikian, bayaran pertama Bantuan Khas Covid-19 belum dilaksanakan.
TARIKH BAYARAN
Berkaitan dengan tarikh pembayaran BKC, berikut adalah maklumat mengenainya.
- Pembayaran akan bermula pada bulan Ogos dengan jumlah bantuan sehingga RM 500.00 mengikut kategori.
- Seterusnya, pembayaran akan dilaksanakan pada bulan November dan Disember dengan jumlah maksimum bayaran adalah RM500.00 dan RM 300.00 mengikut kategori anda.
MAKLMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, anda boleh hubungi talian hotline di
- 1 800 88 2747