Perkhidmatan bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna.
Secara prinsipnya, di dalam melaksanakan pemberian bantuan kepada rakyat, Kerajaan Malaysia tidak sesekali mengamalkan konsep Negara Kebajikan (Welfare State).
Skim bantuan yang diwujudkan adalah sebagai alat dalam proses menolong klien ke arah pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian, yang merupakan satu kaedah dalam kerja sosial.
Proses pemberian bantuan kebajikan juga mengambil kira potensi yang ada pada setiap penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidup berdikari.
Baca juga, mySALAM: Panduan Pendaftaran & Proses Tuntutan RM700 & RM8,000 Bagi Golongan B40
Baca juga, [RASMI] Semakan Status Penghantaran Dekoder Percuma MYTV Online Untuk Penerima BSH
OBJEKTIF
- Memenuhi keperluan asas (basic needs) bagi meringankan beban penerima bantuan
- Alat sokongan sosial (social support tools) untuk menilai kemampuan penerima bantuan ke arah berdikari dan mengurangkan kebergantungan kepada bantuan Alat pemulihan (rehabilitation tools) agar penerima bantuan terus kekal tinggal bersama komuniti/masyarakat.
- Sumber kewangan sementara penerima bantuan meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup.
Bantuan Kanak-Kanak Dan Keluarga
Bantuan Kanak-Kanak Dan Keluarga
Kanak-kanak merupakan tunjang masa depan negara… Oleh itu, Kerajaan sentiasa berusaha untuk memastikan tiada yang tercicir.
Justeru, Bantuan Kanak-Kanak Keluarga Miskin bakal mendapat penambahan drastik yang pasti dapat meringankan beban bakal penerima.
#KPWKMPrihatin
#KitaJagaKita
#Belanjawan2021Posted by Rina Mohd Harun on Monday, 7 December 2020
SYARAT KELAYAKAN
Kriteria khusus bagi membuat permohonan Bantuan Kanak-kanak JKM adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
- Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas; ATAU
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).
CARA PERMOHONAN BANTUAN KANAK-KANAK JKM 2021
Anda boleh membuat permohonan melalui 2 cara, iaitu sama ada secara manual atau online.
Di sini kami kongsikan langkahnya:
i. Permohonan Secara Online
- Pergi ke laman web rasmi JKM atau terus ke pautan ini : http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_Panduan.jsp
- Sila klik pada menu Daftar Permohonan Atas Talian.
- Di halaman seterusnya, pilih Negeri dan isikan Nombor Kad Pengenalan.
- Tekan butang Daftar.
- Isikan makluman lain yang berkaitan.
- Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian. Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.
SILA BAWA DOKUMEN TERSEBUT SEMASA HADIR KE PEJABAT:
- Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;
- Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
- Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU)
- Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)
- Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
- Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan)
ii. Permohonan Secara Manual (Pejabat JKM)
Untuk memohon secara manual, anda boleh hadir ke mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
Senarai Pejabat JKM Negeri & Cawangan : Klik Sini
Borang Berkaitan Permohonan Bantuan JKM
Maklumat lanjut berkaitan bantuan JKM, anda berhubung dengan Pejabat JKM negeri atau ibu pejabat seperti yang dipaparkan di bawah.
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya
Laman web : jkm.gov.my
Telefon : 03-8000 8000
Faks : 03 – 8323 2045