Cara membuat rayuan haji melalui aplikasi THiJARI

THiJARI adalah sebuah rangkaian perkhidmatan digital Tabung Haji yang mula beroperasi pada Rabu, 5 Februari 2020.

Ia merupakan platform dalam talian bagi perkhidmatan yang disediakan oleh TH seperti semakan akaun, mencetak penyata akaun, pindahan wang, perkhidmatan Haji dan Kelab TaHa secara dalam talian kepada pelanggan TH.

Baca juga, BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP) RM 100 ONE-OFF
Baca juga, Cara Mohon Bantuan Warga Emas JKM 2021 – RM500 Sebulan



CARA-CARA PENGGUNAAN THIJARI

Pendeposit perlu memastikan mereka telah mengemaskini semua maklumat ahli (termasuk maklumat nombor telefon bimbit) di kaunter TH. Nombor pengesahan (TAC) akan dihantar melalui nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan. Pendeposit TH diminta memastikan nombor telefon bimbit yang betul bagi mengelakkan masalah semasa proses log in sistem THiJARI.

Bagi mereka yang telah mengemaskini maklumat, capaian ke perkhidmatan ini boleh dibuat melalui www.thijari.com.my tanpa perlu ke kaunter TH. Tiga langkah mudah bagi menggunakan THiJARI:

  1. Dapatkan capaian melalui www.thijari.com.my (telefon pintar/komputer/laptop dan lain-lain).
  2. Pendeposit hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan nombor akaun TH.
  3. Seterusnya, pendeposit perlu memasukkan nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan. Pendeposit diminta memasukkan maklumat peribadi. Sebaik selesai, pendeposit boleh mula menggunakan perkhidmatan THiJARI.Muat turun brosur pendaftaran THiJARI dalam bentuk .PDF di sini.

CARA-CARA MUAT TURUN APLIKASI THIJARI

Aplikasi Tabung Haji ini telah direka bentuk semula dengan rupa yang lebih menarik, pelayaran yang lebih mudah dan keselamatan yang dipertingkatkan bagi memberi perkhidmatan yang terbaik kepada para pendeposit kami.

Untuk memuat turun aplikasi THiJARI, sila ke “App Store” yang berkenaan.

Play Store (Android User):

  1. Sila taip “THiJARI MY” di ruang carian.
  2. Tekan “THiJARI MY”.
  3. Tekan butang “Install” untuk muat turun.
  4. Anda sudah boleh menggunakan aplikasi THiJARI.

App Store (iOS User):

  1. Sila taip “THiJARI MY” di ruang carian.
  2. Tekan “THiJARI MY”.
  3. Tekan butang “Install” untuk muat turun.
  4. Anda sudah boleh menggunakan aplikasi THiJARI.



PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

Perkhidmatan yang ditawarkan dalam sistem aplikasi THiJARI di telefon bimbit adalah sama seperti laman sesawang THiJARI.

  1. Urusan Simpanan dan Pengeluaran
    Pelanggan TH boleh melakukan semakan ringkasan, butiran akaun dan rekod transaksi, baki akaun di samping melakukan pindahan simpanan dari akaun TH ke akaun TH (akaun tanggungan dan pihak ketiga). Pengemaskinian profil juga boleh dilakukan. Penyata akaun boleh dimuat turun dan dicetak selain penetapan akaun kegemaran (favourite account).
  2. Urusan Haji
    Bagi mempermudahkan urusan Haji, pelanggan TH boleh membuat semakan status pendaftaran Haji dan memuat turun slip pendaftaran Haji. Bagi urusan tawaran Haji pula, surat tawaran dan semakan status tawaran Haji boleh didapati. Pelanggan TH boleh menyemak dan memuat turun jadual penerbangan pergi dan balik. Bagi program Kursus Asas Haji, pelanggan boleh membuat semakan lokasi dan tarikh kursus di samping memuat turun nota Kursus Asas Haji.
  3. Kelab Taha/Taha@U
    Pendaftaran Kelab Taha/Taha@U boleh dilakukan melalui THiJARI. Bagi ahli Kelab TaHa/TaHa@U, penyemakan status pendaftaran, E-kad keahlian kelab di samping semakan senarai Rakan Kelab TaHa/TaHa@U boleh dilakukan.
  4. Penamaan/ Hibah Amanah
    Pelanggan TH boleh melakukan semakan status Penamaan/ Hibah Amanah bagi akaun sendiri dan juga akaun anak.

CARA-CARA PENGGUNAAN APLIKASI THIJARI

Pendeposit perlu memastikan mereka telah mendaftar akaun THiJARI terlebih dahulu di laman sesawang THiJARI sebelum menggunakan Aplikasi THiJARI. Untuk mendaftar, sila ke laman sesawang www.thijari.com.my.