Cara Kemaskini Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Fasa 2 Untuk Bayaran Bulan Januari – Semak Sekarang

BPN 2.0 adalah bantuan tambahan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia kepada golongan B40 dan M40 untuk meringankan beban rakyat akibat pandemic COVID-19.

Pemberian BPN 2.0 adalah berdasarkan pangkalan data BPN 2020 (B40 dan M40) yang merangkumi 10.6 juta penerima yang diluluskan sebelum ini.

Baca juga, mySalam – Cara Mohon Bantuan Kewangan RM700 Bagi Individu Dikuarantin



Jumlah bayaran BPN 2.0 yang akan diterima adalah seperti berikut:

Jumlah bayaran bpn

Tarikh Pembayaran BPN 2.0 adalah seperti berikut:

  1. Fasa Pertama: Pengkreditan ke akaun Mulai 19 Oktober 2020
    Penunaian di Kaunter BSN mulai 26 Oktober 2020
  2. Fasa Kedua: Januari 2021

Kaedah Pembayaran BPN 2.0 seperti berikut :

kaedah pembayaran bpn

Bolehkah saya membuat kemas kini maklumat diri seperti akaun bank yang telah tidak aktif?

  • Kemas kini maklumat akaun bank tidak dibenarkan kerana kaedah pembayaran BPN 2.0 adalah seperti kaedah pembayaran terakhir BPN 2020 sebelum ini. Boleh rujuk kaedah bayaran.

Baca juga, Ini Cara Daftar Dan Tebus e-Rebat RM200 Untuk Beli Peralatan Elektrik Di Shopee



Sekiranya bayaran dibuat ke akaun bank yang tidak aktif atau salah, apakah yang perlu saya lakukan?

  • Tuntutan boleh dibuat secara tunai di Cawangan BSN setelah nombor siri wujud pada paparan semakan. Semakan boleh dibuat pada portal rasmi BPN, https://bpn.hasil.gov.my.
    Penerima BPN 2.0 perlu memastikan data akaun bank adalah tepat bagi memastikan pembayaran dapat disalurkan ke akaun yang betul.

Bolehkah saya membuat kemas kini maklumat diri seperti akaun bank yang telah tidak aktif?

  • Kemas kini maklumat akaun bank tidak dibenarkan kerana kaedah pembayaran BPN 2.0 adalah seperti kaedah pembayaran terakhir BPN 2020 sebelum ini (Rujuk kaedah bayaran).

Maklumat lanjut mengenai Bantuan Prihatin Nasional : FAQ BPN 2.0