Bagi mereka yang tidak tahu, sebenarnya semakan baki Akaun 1 dan Akaun 2 KWSP boleh dilakukan secara online. Ini adalah bagi memudahkan pencarum menyemak baki mereka dengan mudah tanpa perlu datang ke pejabat KWSP. Semakan ini adalah melalui platform i-Akaun yang disediakan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Setelah mendaftar i-Akaun, pencarum hanya perlu menyemak baki menggunakan telefon pintar mereka dengan memuatturun aplikasi i-Akaun KWSP samada di Playstore atau Apple App Store.
Bagaimana cara mendaftar i-Akaun KWSP secara online?
Sebelum anda mendaftarkan i-Akaun KWSP anda secara online, pastikan anda mendapatkan TAC Pengaktifan melalui nombor telefon dimana-mana kaunter atau Kiosk KWSP atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000.
- Dapatkan ID & Kata Laluan sementara anda di pejabat/Kiosk KWSP berdekatan.
- Pendaftaran boleh dibuat secara online menerusi pautan https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login.
- Pergi kepada ikon ‘Log Masuk’ dan pilih I-AKAUN (AHLI)
- Masukkan ID & Kata Laluan sementara yang diterima melalui SMS untuk aktifkan akaun.
- Selepas anda setuju, anda perlu pilih ID Pengguna, Kata Laluan dan Frasa Rahsia anda.
- Apabila pengaktifkan selesai, anda akan menerima notifikasi berjaya di skrin anda.
- Pastikan anda menukar ID & Kata Laluan sementara dengan maklumat akaun baru anda bagi tujuan keselamatan.
Apakah syarat untuk mendaftar i-Akaun KWSP?
Antara syarat-syarat kelayakan pendaftaran i-Akaun adalah seperti berikut :
- Pemohon ialah seorang pencarum KWSP
- Pemohon mempunyai nombor ahli KWSP yang sah (sekiranya terlupa nombor ahli, anda boleh pergi ke kaunter dan berikan Nombor Kad Pengenalan untuk dapatkan maklumat)
- Pemohon mempunyai nombor telefon bimbit yang masih aktif bagi tujuan mendapatkan kod TAC