Cara Ajar Anak Menabung – Semakankerja

Cara ajar anak menabung.
Setiap orang mempunyai cara yang berbeza untuk mendidik anak menabung dengan disiplin. Sebelum menyuruh anak kita menabung, mereka kena tahu dahulu apa maksud menabung itu sendiri. Maksud menabung adalah menyimpan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu yang ingin di dapat. Selain itu, mereka kena tahu apa matlamat mereka untuk menabung. Bila mereka dah tahu, pastinya akan timbul perasaan ingin melakukan perkara tersebut.
Sebagai ibu bapa, kita mestilah support anak-anak dengan pelbagai cara agar minat untuk melakukan sikap menabung ini makin membara dalam diri mereka. Apa yang perlu anda lakukan adalah membawa mereka ke tempat yang menjual tabungan cantik dan membelikannya. Bila mereka dah ada tempat menabung yang mereka pilih, maka mereka akan terus teringat untuk memasukkan duit ke dalamnya.
Selain itu, hendaklah anda mengajar anak-anak membuat jadual matlamat simpanan. Tanyalah mereka apa yang ingin di beli, apa yang di mahu bila dah cukup jumlah dalam tabungan tersebut. Jika dah ada malamat, senaraikan matlatmat tersebut, adakah boleh di capai dalam mingguan, bulanan ataupun tahunan. Tamabahan pula, mereka kena tahu berapa jumlah yang ingin di kumpul dalam mencapai matlamat tersebut. Contohnya, dia ingin beli raket badminton yang berharga RM 40 dalam bulan depan. RM 40 di bahagikan dengan 20 hari bersekolah, sama dengan RM 2 sehari menyimpan dalam tabungan untuk capai.
Cara yang seterusnya untuk mempercepatkan penambahan duit dalam tabungan agar matlamat tersebut di capai adalah dengan mengajar anak-anak berusaha untuk mendapatkan sendiri duit. Bagaimana mereka nak dapatkan duit tambahan adalah dengan membuat bisnes kecil-kecilan. Contoh nya, mereka boleh menjual godies, makanan, memberi perkhidmatan photo copy dan sebagainya. Anda boleh memberi anak-anak sedikit modal untuk di jalankan perniagaan yang mahu dilakukan.
Akhir sekali, tips yang boleh di kongsikan kepada anda adalah dengan mendidik anak-anak berbelanja mengikut kemampuan. Contohnya, anda sering memberikan duit sekolah untuk anak-anak ialah RM 3 setiap hari. Anda hendaklah memberi tahu kepada mereka untuk berbelanja hanya RM 1 atau RM 1. 50 dan selebihnya di simpan ke dalam tabung. Bila mereka sering lakukan sikap ini, maka ianya dapat manambah simpanan dan matlamat pun tercapai dengan cepat.
Semoga bermanfaat untuk anda.
Sekian,
Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *