Cadangan Pengeluaran Akaun 1 KWSP RM 10,000 One-Off – Najib Razak

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak pada pembentangan Belanjawan 2021 telah membawa isu tentang pengeluaran wang di dalam akaun 1 KWSP.

Inisiatif ini beliau bangkitkan selepas mendengar keluhan rakyat yang rata-rata telah kehilangan punca pendapatan sepanjang penularan wabak Covid-19 di negara kita.

Terdahulu, Najib sering membangkitkan isu ini di laman rasmi Facebook beliau yang menggesa agar Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mempertimbangkan pengeluaran wang KWSP yang dilihat dapat membantu rakyat memulihkan kewangan mereka.

Di sini kami simpulkan isu pengeluaran akaun 1 KWSP yang disampaikan oleh Najib Razak melalui laman rasmi Facebook beliau.

  • Kerajaan serta KWSP ada ruang aliran tunai untuk benarkan pengeluaran sehingga RM10k dari akaun 1 untuk pencarum paling terdesak.

    Ini wang milik Rakyat dan KWSP ditubuhkan untuk menjaga Rakyat.
    Sebab itu, Rakyat ada hak untuk gunakan sebahagian wang ini pada masa mereka paling terdesak.

  • Wang yang dikeluarkan pada masa terdesak ini boleh dipulihkan pada masa depan bila krisis Covid berlalu dan ekonomi bertambah baik.

    Tiada siapa yang kata wang yang dikeluarkan hari ini pada masa kadar dividen KWSP tak dijangka tinggi tidak boleh dimasukkan kembali setahun atau dua tahun kemudian.

  • Dua cara untuk pulihkan simpanan pencarum termasuk :

    – Menaikkan semula kadar caruman KWSP majikan dan ahli yang telah diturunkan pada awal tahun ini.
    – Kerajaan memberi projek-projek lumayan kepada KWSP untuk menjana lebih keuntungan.

  • Jika dibenarkan, wang yang dikeluarkan pada masa ini akan merancakkan kitaran wang ekonomi tempatan pada ketika ekonomi lembab akibat Covid. Akhirnya balik kepada kerajaan melalui pelbagai cukai juga.

 

Semoga cadangan ini, diluluskan oleh kerajaan kerana ia memberi sedikit penyelesaian kepada rakyat Malaysia yang mempunyai masalah kewangan disebabkan pandemik Covid 19 yang melanda di negara ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *