BUKAN TAK HARGAI RM500 TAPI MASALAH TAK SELESAI
Rakyat bukan tak hargai RM500 tu tapi dengan bagi RM500 sebulan tu masalah tak dapat diselesaikan.
Kena faham mengapa rakyat minta seketul. Bukan mereka nak pergi joli tetapi banyak perkara masih tidak selesai. RM500 tu tak boleh bayar sewa rumah yang tertunggak. Tetap kena halau walaupun duit ada RM500 sebab sewa tertunggak dah lebih 3 bulan. Dah RM1500. Nak sewa rumah baru pun tak cukup dengan RM500.
Nak bayar bil elektrik tak cukup sebab bil dah lebih RM500. Tentu serabut kepala bila letrik tetap kena potong. Anak-anak tak boleh hidup dalam gelap dan kepanasan. Jadi RM500 tak selesai masalah.
Yang dah kena berhenti kerja nak buat apa dengan RM500. Nak beli motorsikal nak buat Grab Food atau Food Panda pun tak boleh. Nak buat modal nasi lemak pun tak cukup.
Apa kata kalau kerajaan bagi seketul RM6000 at least dapatlah selesai masalah sikit. Bagi RM500 untuk yang duduk rumah sendiri kat kampung memang mencukupi. Tapi bagi yang tak ada kerja dan tinggal kat bandar besar RM500 sebulan ia tidak menyelesaikan masalah mereka.
Aku ada baca keluhan seorang bapa yang mengatakan “Kalau aku tak ada iman dan tak ada isteri serta anak-anak, dah lama aku bunuh diri. Kalau aku bunuh diri takkan nak bagi isteri tanggung masalah pula”. Aku mengucapkan sakan. Tapi kita kena ingat… Mengapa sampai dia terfikir begitu. Jawpannya adalah kerana tekanan hidup, hutang dan macam-macam lagi bila tiada wang. Tapi kalau dia dapat seketul RM10K… Masalah dia akan selesai..
Mengapa lah terlalu sukar untuk kerajaan nak bagi keluar RM10k dalam akaun 1 mereka. Kerajaan tak payah berhutang pun nak bayar duit mereka sebab duit mereka ada dalam KWSP bukan duit kerajaan. Lainlah kalau kerajaan guna duit tu?
Aku turut simpati… Sekarang rakyat dah nak bunuh diri, nak terjun bangunan pun tak nak bagi?… RM10k dari RM40k atau RM100k bukan menyebabkan mereka tak ada langsung duit simpanan persaraan mereka nanti.
Mereka tengah fikir nak hidup sahaja sekarang tetapi kerajaan masih lagi bercakap tentang duit tu untuk masa depan. Sekarang ni mereka belum tentu dapat guna duit tu pada masa depan sebab sekarang dah nak mati.
Please la PM cuba berada dalam kasut mereka. Cuba rasai apa yang mereka rasai sekarang.
Aku memang memahami mereka tapi kalian yang berkuasa tidak memahaminya.
Fb : Nur Cahaya ll
Sokong 100%
Sokong 100%
100% setujuh,,
Setuju tu mmng betul bkn x hargai rm500 sebln tp kalau dpt sikit mslh mmng x kan dpt selesai…dpt rm500 tume tulah hbs brng dpur belnja harian…bila dah guna nak byr segala hutang pun x lps…ingat nak buat modal sknrg rm500 tu nak beli meja dan payung pun dah brpa …sekrng2 nya kalau bg secepuk bolehlah diagih2kn apa nk payut dijelaskn…lgpun mmng 100% duit simpanan sendiri…
Betul rm500 sebulan masih tidak mencukupi lgi saya seorang pegawal biasa sja gaji 1800 adv 400 tolak epf SOCSO dlm rm1300 macm tu rmh bulan ni dah 500 MCM biasa kena bayar 1hb4 2020 tuan rumah Sya ada wasshap Sya bulan 4 dia suruh saya bayar 250 sahaja Smpai bulan 11 bulan ni saya kena bayar 500 rasa otak ni dah tak ble fikir dah lansung asyik memikirkan keadaan sama setiap bulan.tolong la Pm bagi la 10k biar sekali..
Betul rm500 sebulan masih tidak mencukupi lgi saya seorang pegawal biasa sja gaji 1800 adv 400 tolak epf SOCSO dlm rm1300 macm tu rmh bulan ni dah 500 MCM biasa kena bayar 1hb4 2020 tuan rumah Sya ada wasshap Sya bulan 4 dia suruh saya bayar 250 sahaja Smpai bulan 11 bulan ni saya kena bayar 500 rasa otak ni dah tak ble fikir dah lansung asyik memikirkan keadaan sama setiap bulan.tolong la Pm bagi la 10k biar sekali..