Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) adalah bantuan kewangan daripada kerajaan Malaysia bagi menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH) yang diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2021.
Antara perkara yang diumumkan semasa pembentangan tersebut adalah :
- Ianya memanfaatkan 8.1 juta orang.
- Jumlah yang diperuntukkan adalah sebanyak RM6.5 bilion.
Jumlah Bayaran BPR 2021
Jumlah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) adalah seperti berikut :
GOLONGAN | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
ISI RUMAH PENDAPATAN KURANG RM2500 (ANAK 0-1 ORANG) | RM1200 |
ISI RUMAH PENDAPATAN KURANG DARI RM2500 (ANAK 2 ORANG ATAU LEBIH) | RM1800 |
ISI RUMAH PENDAPATAN RM2501 – RM4000 (ANAK 0-1 ORANG) | RM800 |
ISI RUMAH PENDAPATAN RM2501 – RM4000 (ANAK 2 ORANG ATAU LEBIH) | RM1200 |
ISI RUMAH PENDAPATAN RM4000 – RM5000 (ANAK 0-1 ORANG) | RM500 |
ISI RUMAH PENDAPATAN RM4000 – RM5000 (ANAK 2 ORANG ATAU LEBIH) | RM750 |
BUJANG PENDAPATAN RM2500 KE BAWAH (BERUMUR 21 TAHUN KE ATAS) | RM750 |
Tarikh Pembayaran BPR 2021
Pembayaran akan dilaksanakan sebelum Aidilfitri 2021 iaitu pada Mei 2021.
Cara Daftar Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat
Permohonan akan dibuka sekurang-kurangnya pada Januari 2021 seperti yang diumumkan LHDN.
Semakan Bantuan Prihatin Rakyat
Semakan belum boleh dibuat kerana belum ada portal rasmi yang dibina oleh LHDN. Kami akan mengemaskini secepat mungkin sekiranya terdapat pautan untuk anda membuat semakan.
Adakah Perlu Membuat Permohonan Baharu?
Individu yang ingin memohon BPR tidak perlu membuat permohonan baharu kerana maklumat akan diperolehi melalui pangkalan data BSH sebelum ini.
Sekiranya anda ada persoalan dan cadangan mengenai artikel ini, sila tinggalkan komen anda dibawah. Terima Kasih.