Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 merupakan inisiatif kerajaan bagi membantu rakyat dari segi kewangan.
BPR 2021 ini menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH) yang diumumkan kerajaan pada pembentangan Belanjawan 2021 pada November 2020.
Baca juga, [Rasmi] Tarikh Bayaran Fasa Kedua BPN 2.0 Dibayar Bermula 21 Januari 2021
Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini telah mengemaskini portal rasmi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) bagi memudahkan pemohon memohon secara online atau mengemaskini maklumat mereka.
Permohonan BPR 2021 Online
- Tempoh Permohonan dan Pengemaskinian Bantuan Prihatin Rakyat 2021 (BPR 2021) mulai 15 Januari 2021 hingga 15 Februari 2021 (tarikh tutup tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa).
- Sila layari https://bpr.hasil.gov.my untuk permohonan baru.
- Pemohon disarankan untuk membuat permohonan secara dalam talian berikutan pandemik Covid-19.
Berikut adalah maklumat yang diperlukan semasa membuat permohonan :
- Nama Pemohon
- Nombor Kad Pengenalan
- Status perkahwinan
- Bilangan anak (sekiranya sudah berkahwin)
- Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan)
- Pekerjaan
- Alamat tempat tinggal/surat-menyurat
- Alamat Emel
- Nama dan nombor akaun bank yang aktif
- Dokumen sokongan seperti Sijil Perkahwinan, Sijil Cerai/Kematian Pasangan, Pengesahan Pasangan; dan Pengesahan Bank
- Maklumat wakil (sekiranya ada)
- Individu yang lulus permohonan BSH dan BPN dan ingin memohon BPR, anda tidak perlu membuat permohonan baharu kerana maklumat akan diperolehi melalui pangkalan data BSH sebelum ini.
Cara Membuat Kemaskini BPR
Jika semakan permohonan di portal BPR 2021 telah wujud dan tiada sebarang perubahan maklumat, pemohon tidak perlu membuat kemaskini maklumat BPR 2021. Walau bagaimanapun sekiranya semakan permohonan di Portal Rasmi BPR 2021 tidak wujud, permohon perlu membuat permohonan baharu.
Terdapat beberapa maklumat tambahan perlu dikemaskini bagi permohonan BPR 2021.
Layari portal rasmi Bantuan Prihatin Rakyat untuk membuat semakan dan kemaskini.
Sekiranya anda ingin Daftar Akaun kali pertama, sila ikuti langkah berikut :
- Layari https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan Anda
- Tekan Semak
- Akan keluar ayat “ID pengenalan belum didaftarkan. Sila Ke Halaman Daftar Akaun Untuk Mendaftar”, Tekan Daftar Akaun
- Ikuti langkah selanjutnya dan hantar permohonan
Download Borang BPR 2021
- Borang Serahan Dokumen BPR 2021 – https://bpr.hasil.gov.my/Download/Borang/BK-04(BorangSerahanDokumenSokonganBPR).pdf
- Borang Kemas Kini Maklumat Asas BPR 2021 – https://bpr.hasil.gov.my/Download/Borang/BK-02(BorangKemasKiniMaklumatPermohonanBPR).pdf
- Borang Pembatalan Permohonan BPR 2021 – https://bpr.hasil.gov.my/Download/Borang/BK-05(BorangPembatalanPermohonanBPR).pdf
Permohonan Menggunakan Borang
Layari portal rasmi https://bpr.hasil.gov.my untuk mengemaskini maklumat dan Permohonan Baru secara online.
Anda perlu login menggunakan ID pengguna atau No. Kad Pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan semasa mendaftar BSH.
SALINAN dokumen yang diperlukan JIKA MENGGUNAKAN BORANG :
- Baru berkahwin/Perceraian/ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan/kematian pasangan/tambahan tanggungan/anak/keluarkan anak dari tanggungan/mempunyai anak tak berkahwin/anak angkat yang setaraf.
-
- No. Kad Pengenalan Suami Isteri
- Sijil Kahwin/Sijil Perceraian/Kematian Pasangan
- Sijil Lahir Anak (17 tahun kebawah dan 18 tahun-20 tahun yang masih bersekolah/belajar IPT/tidak bekerja dan tiada pendapatan
- Sijil Lahir Anak Angkat
- Akaun Bank Suami Isteri dan salah seorang pasangan yang mempunyai akaun bank/kedua-dua pasangan yang tiada akaun.
- Nombor Telefon terkini yang aktif.
- Bujang OKU 18 tahun-59 tahun dan;
- Bujang 21 tahun-59 tahun/ibubapa tunggal/balu/janda/duda yang tidak mempunyai anak
-
- No. Kad Pengenalan Pemohon
- No. Kad Pengenalan Waris
- Sijil Kematian Pasangan
- Sijil Lahir Anak Angkat
- Nama dan Nombor Akaun Bank
- Nombor Telefon terkini yang aktif.
Maklumat Lanjut
Sila tekan pautan berikut untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Bantuan Prihatin Rakyat 2021
- Soalan Lazim : FAQ Permohonan Baru Dan Kemaskini
- Soalan Lazim : Pendaftaran MyBPR