BPN 2.0: SEMAKAN DAN PERMOHONAN BARU KINI DIBUKA.

BPN 2.0 atau Bantuan Prihatin Nasional 2.0 adalah bantuan kewangan tambahan didalam pakej “KITA PRIHATIN yang diumumkan oleh Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin pada bulan September yang lalu bagi membantu rakyat Malaysia yang memerlukan terutamanya kepada individu dan juga perniagaan yang terjejas pendapatannya ketika ini.
Banyak pakej ransangan yang telah diumumkan oleh kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia yang telah terjejas akibat wabak COVID-19.
Pemberian BPN 2.0 adalah berdasarkan pangkalan data BPN 2020 (B40 dan M40) yang merangkumi 10.6 juta penerima yang diluluskan.
Bermula hari ini, semakan penerima BPN 2.0 boleh dibuat melalui portal rasmi BPN iaitu https://bpn.hasil.gov.my/. Sekiranya tidak tersenarai sebagai penerima BPN 2.0, permohonan baharu dan rayuan boleh dikemukakan mulai 15 Oktober sehingga 15 November 2020.
Bayaran BPN 2.0 ini akan dibuat dalam dua fasa. Pertamanya pada penghujung Oktober 2020 dan keduanya, pada Januari 2021.
Bagi permohonan baharu, ianya akan diproses selepas tempoh permohonan ditutup iaitu 15 November 2020. Sementara itu, permohonan baharu yang diluluskan pula akan menerima bayaran bantuan BPN 2.0 sekaligus pada Januari 2021.
Untuk membuat permohonan baharu atau rayuan BPN 2.0, layari portal rasmi BPN 2.0.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *