BANTUAN RM 480 KEPADA SURI RUMAH, BALU DAN IBU TUNGGAL 2021

Panduan Permohonan Bantuan i-Suri RM 480

Bantuan i-Suri KWSP kini kembali diteruskan bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan golongan suri rumah yang berjasa dalam pengurusan kekeluargaan.

Jumlah Bantuan Keseluruhan

  • Pembayaran sebanyak RM 480 bermula tahun 2019 dan pada setiap tahun berikutnya termasuk tahun 2021.
  • Tahukah anda, bantuan kematian turut disediakan sebanak RM 2500.
  • Penerima i-Suri juga turut akan menerima dividen tahunan KWSP sama seperti pencarum lain.
  • Bantuan Hilang Upaya turut disediakan.

Syarat Kelayakan iSuri KWSP

Untuk membuat pendaftaran, anda perlu mempunyai kelayakan yang telah ditetapkan :

  • Warganegara Malaysia
  • Golongan suri rumah ang berdaftar di bawah eKasih
  • Belum mencapai umur 60 tahun
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM 5 sebulan atau RM 60 ke dalam akaun KWSP
  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR/Wanita (KIR)

Siapa Yang Boleh Mencarum

  • Suami bagi pasangan yang layak
  • Diri Sendiri (Isteri)

Borang Pendaftaran & Cara Memohon

Bagi anda yang memenuhi syarat kelayakan dan ingin mendaftar insentif ini, anda perlu hadir ke mana-mana cawangan KWSP dengan membawa MyKad serta dua borang berikut:

  1. Borang i-Suri – KWSP 16G(M) BORANG (Pendaftaran kali pertama sahaja)
  2. Borang i-Suri – KWSP 6A (2) BORANG (Semasa pembayaran)
Caruman ini akan melibatkan 359,065 wanita yang berdaftar dengan sistem e-Kasih.
Pembayaran Caruman
Bagi melayakkan suri rumah untuk mendapat RM 40 sebulan, caruman individu hendaklah dibuat ke dalam akaun KWSP dengan jumlah minimum RM 5 sebulan atau RM 60 setahun.
Pembayaran caruman boleh dibuat melalui tiga kaedah berikut :
  1. Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP
  2. Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP iaitu Maybank, Public Bank, BSN dan RHB Bank.
  3. Pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang dilantik iaitu Maybank dan Public Bank.
Peringatan !
  • Pemohon hendaklah berdaftar dalam sistem eKasih. Ini termasuklah isteri dan ketua isi rumah wanita (balu, bercerai ataupun bujang)
Semakan Status Pedaftaran iSuri
  1. Anda perlu layari portal rasmi e-kasih di pautan berikut –Semakan Online
  2. Anda perlumasukkan maklumat No Kad Pengenalan dan klik cari untuk semak pendaftaran.