Bantuan Prihatin Nasional 2.0 – Mohon Sekarang!

Bantuan Prihatin Nasional (BPN 2.0) diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membantu rakyat yang telah terjejas pendapatan mereka sepanjang penularan wabak COVID-19 di negara kita. Pembayaran ini akan diberikan kepada golongan B40 dan juga M40.

Bagi mereka yang layak dan ingin membuat permohonan baru, anda perlu membuat permohonan selewat-lewatnya 15 November 2020 ini.

Cara Memohon Bantuan Prihatin Nasional

Pemberian Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan B40 ini akan diberi berdasarkan data yang terdapat pada Bantuan Sara Hidup (BSH).

Bagi golongan M40 pula, bantuan akan diberi berdasarkan data daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Baca lagi : Bantuan Prihatin Nasional 2.0


Permohonan Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40

Permohonan baru boleh dibuat melalui portal rasmi kerajaan iaitu https://bpn.hasil.gov.my/

Anda juga boleh buat permohonan baru di mana-mana cawangan LHDN berdekatan untuk penghantaran borang secara manual. Sila muatturun borang permohonan di bawah:
Borang Permohonan Baharu Bantuan Prihatin Nasional 2.0

Siapakah Yang Layak Dapat Bantuan?

Berikut adalah beberapa kategori penerima BPN B40 mengikut kelayakan:

1. Isi Rumah

  • Kahwin, atau
  • Ibu Tunggal/ Bapa Tunggal/ Balu/ Janda/ Duda yang ada buat laporan maklumat Anak pada BSH 2020 dan
  • Pendapatan Isi Rumah RM4000 dan ke bawah (Bulanan)

2. Bujang

  • Bujang atau
  • Ibu Tunggal/ Bapa Tunggal/ Balu/ Janda/ Duda yang tidak buat laporan maklumat Anak pada BSH 2020 dan
  • Pendapatan Isi Rumah RM4000 dan ke bawah (Bulanan)
  • Umur 21 tahun ke atas termasuk kategori warga emas 60 tahun ke atas

Berikut adalah beberapa kategori penerima BPN M40 mengikut kelayakan:

1. Isi Rumah

  • Kahwin, atau
  • Ibu Tunggal/ Bapa Tunggal/ Balu/ Janda/ Duda berdasarkan data percukaian dan,
  • Pendapatan Isi Rumah RM4001 dan RM8000 (Bulanan) berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini

2. Bujang

  • Bujang dalam data percukaian
  • Had umur 21 tahun ke atas
  • Pendapatan bulanan RM2001 hingga RM4000 (Bulanan) berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP)

3. Pembayar Cukai warganegara Malaysia yang tinggal di Malaysia.

 

Silakan kongsi artikel ini agar semua orang mendapat manfaatnya. Terima Kasih