APAKAH ITU BANTUAN KHAS COVID-19 NADMA?
Bantuan Khas COVID-19 NADMA adalah insiatif Kerajaan Malaysia untuk membantu Warganegara Malaysia yang telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Tarikh perintah bermula tidak melebihi 31 Disember 2020.
Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19. Tarikh rawatan di wad bermula tidak melebihi 31 Disember 2020 turut berkelayakan untuk menerima bantuan ini.
SYARAT KELAYAKAN
Syarat kelayakan untuk menerima bantuan ini adalah seperti berikut :-
- Warganegara Malaysia yang telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan;
- Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19
PEMOHON YANG TIDAK LAYAK
- Bukan Warganegara
- Tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian.
- Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian/ menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19.
- Dikenakan perintah kuarantin/menjalani rawatan selepas 31 Disember 2020.
KADAR BANTUAN
Kadar bantuan adalah sebanyak RM100 sehari sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat Covid-19 (warded). Bantuan khas ini hanya akan diberikan sekali sahaja (one-off) dalam tempoh penularan jangkitan Covid-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.
KAEDAH PERMOHONAN
- Muat turun dokumen-dokumen di laman web rasmi NADMA
- Borang Permohonan Bantuan Khas Covid19 (Lampiran A)
- Borang Akuan Kehilangan Pendapatan (Lampiran B)
- Surat Perwakilan Kuasa Kepada Waris (Lampiran C) *jika tiada akaun bank
- Permohonan lengkap dihantar melalui pos ke NADMA di alamat:-
Ketua Pengarah
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p. : Sekretariat KWABBN)
Anda juga boleh melayari terus portal rasmi NADMA untuk mendapatkan info lanjut mengenai Bantuan Khas COVID-19.