PADA 28 Oktober 2020, Kerajaan Negeri Sabah telah mengumumkan Bantuan RM300 Kerajaan Negeri Sabah bagi meringankan beban warga Negeri Sabah yang terkesan akibat pandemik Covid 19 yang sedang menular pada ketika ini.
SEMAKAN BANTUAN RM300 COVID-19 SABAH
Semakan bagi Bantuan Tunai Prihatin COVID-19 ini boleh dibuat melalui langkah-langkah berikut :
- Layari https://bantuan.covid19.sabah.gov.my/.
- Isi no kad pengenalan anda.
- Tandakan pada kotak ‘Saya Bukan Robot.’
- Klik butang ‘Semak.’
- Status bantuan dipaparkan.
STATUS KEPUTUSAN
Penerima yang layak menerima bantuan akan menerima dua bentuk paparan keputusan sama ada mereka perlu mengambil wang di bank atau wang tersebut terus dikreditkan ke akaun bank.
Bagi penerima yang layak, maklumat berikut akan dipaparkan :
- Penerima Bantuan PRIHATIN COVID-19: [RM300] Sila tuntut di cawangan Bank Simpanan Nasional berhampiran anda, mulai 23 Nov 2020 (Isnin); atau
- Pembayaran telah dikreditkan: (SUCCESS ‘Tarikh dikreditkan’)
Bagi pemohon yang tidak layak pula akan dipaparkan maklumat berikut :
- Pemohon bukan berdaftar dengan Jabatan/Agensi di bawah MAFI; atau
- Dukacita dimaklumkan permohonan DITOLAK: Bukan klien Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA).
- Permohonan tidak lulus (JHEWA).
- Tiada rekod permohonan.
Menurut Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor, bantuan ini bakal memberikan manfaat bagi golongan sasar seperti mereka di dalam sektor:
- Pertanian
- Pelancongan
- Pengangkutan
- Anak yatim
- Ibu tunggal
- OKU
Untuk pengetahuan anda, bantuan ini tidak perlu membuat permohonan baharu kerana data penerima akan diambil melalui dan lain-lain agensi dalam negeri.
Justeru, para pemohon hendaklah melakukan semakan semula status mereka sama ada mereka layak bagi menerima Bantuan RM300 Covid-19 Sabah ini.